More

    OPPO Malaysia anjurkan Raya Super Epik Promotion, tawarkan diskaun sehingga RM500 untuk pelbagai telefon

    Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang semakin hampir, OPPO Malaysia sedang menganjurkan promosi khas Raya Super Epik Promotion sehingga 21 April 2024 di mana para pelanggan boleh menikmati pelbagai tawaran menarik untuk katalog produknya. Tawaran ini termasuklah pemberian hadiah, diskaun dan rebat tunai untuk produk terpilih.

    Antara produk yang terlibat dalam promosi ini adalah OPPO Reno11 5G. Dengan setiap pembeliannya, anda akan menerima rebat RM100 yang bermaksud anda hanya perlu membayar RM1,799 sahaja untuk telefon ini (harga asal RM1,899).

    Selain itu, OPPO Reno10 Pro+ 5G akan ditawarkan dengan rebat harga RM500, bermaksud anda hanya perlu membayar RM2,999 sahaja (harga asal RM3,499).

    Jika anda membeli OPPO Reno11 F yang baru sahaja dilancar, anda akan menerima kotak hadiah bernilai RM169 yang mengandungi pelbagai aksesori menarik.

    Untuk peranti boleh pakai pula, jam tangan pintar OPPO Watch X akan dijual dengan rebat tunai RM100, bermaksud ia akan dijual pada harga RM1,299 sahaja (harga asal RM1,399). Jam ini dilengkapi GPS dwi-frekuensi, 100+ mod sukan dan hayat bateri yang tahan lama.

    Promosi ini boleh didapati dalam My OPPO Space, OPPO Brand Store, pengedar sah, laman web rasmi OPPO dan platform e-dagang. Layari laman web OPPO Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Belanjawan 2027: Rakyat Digital tawar 100,000 langganan AI percuma tahun depan

    Inisiatif Rakyat Digital akan diteruskan pada 2027 dengan penyediaan 100,000 langganan perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) percuma. Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk...

    Belanjawan 2027: Kerajaan dan Grab sediakan RM160 juta untuk pekerja e-hailing dan p-hailing

    Kerajaan mengumumkan pakej bantuan khas bernilai RM160 juta yang dibiayai bersama Grab bagi meningkatkan pendapatan bersih dan kebajikan pekerja e-hailing dan p-hailing...

    Infinix SMART 20e rasmi di Malaysia dengan skrin 120Hz, kalis IP64 bermula RM499

    Infinix melancarkan peranti kelas permulaan baharu iaitu Infinix SMART 20e untuk pasaran Malaysia. Peranti memfokuskan kepada penggunaan harian dan hiburan pada julat...

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured