fbpx
More

    Nothing bakal bawakan kejutan terbaru dalam Kemas Kini Komuniti pada 18 April 2024

    Selepas berjaya melancarkan Nothing Phone (2a), Nothing tidak berhenti di situ dan terus merancang untuk membawa kejutan yang lebih menarik. Syarikat teknologi yang berpusat di London ini telah mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan sesuatu yang baharu dalam Kemas Kini Komuniti seterusnya pada 18 April 2024.

    Pengumuman ini telah menimbulkan keghairahan di kalangan peminat teknologi yang mengikuti perkembangan produk Nothing. Mereka dijemput untuk mendaftar untuk menerima pemberitahuan terkini melalui laman web rasmi Nothing di https://nothing.tech/pages/event.

    Bagi peminat yang tertarik dengan Nothing Phone (2a), mereka masih berpeluang untuk memiliki peranti ini dalam warna Hitam dan Putih Susu dengan varian RAM 12GB/256GB pada harga RM1,699 untuk pasaran Malaysia. Anda boleh dapatkannya di platform dalam talian seperti Lazada, Shopee, SS Solution dan penjual fizikal seperti DirectD, TMT, URBAN REPUBLIC, Vivid Concepts, Tac Mobile serta Nothing Image Store di Plaza Low Yat bersama dengan Yes5G.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Zahid Hamidi ingin kerajaan beri tablet kepada setiap pelajar

    Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan akan memastikan setiap pelajar dan murid dibekalkan dengan sebuah tablet supaya mereka...

    Nokia 3210 rasmi di Malaysia dengan sambungan 4G, port USB-C berharga RM339

    Minggu lepas, HMD melancarkan Nokia 3210 klasik yang diberi nafas baharu dengan sambungan 4G dan port pengecasan USB-C untuk meraikan ulang tahun...

    Apple perkenalkan kawalan peranti dengan mata dan ‘Music Haptics’

    Ketika Google I/O sedang berlangsung, Apple berjaya mencuri perhatian dengan mengumumkan beberapa ciri keupayaan akses yang akan membolehkan orang kurang upaya menggunakan...

    Infinix GT 20 Pro antara telefon terawal sokong MLBB dan PUBG dalam 120 fps

    Infinix yang merupakan penaja telefon gaming rasmi untuk tahun kedua berturut-turut di PUBG MOBILE Super League (PMSL) di Eropah, Rantau Timur Tengah...

    Astro bakal siar semua perlawanan siaran langsung UEFA EURO 2024 di SPOTV

    Astro Malaysia mengumumkan bahawa kesemua 51 siaran langsung perlawanan UEFA EURO 2024 akan disiarkan dalam kualiti Definisi Tinggi (HD) melalui dua saluran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X