More

    Kamera HUAWEI Pura 70 Ultra berjaya dapat markah tertinggi dalam ujian DXOMARK

    DXOMARK telah mengumumkan markah ujian fotografi bagi HUAWEI Pura 70 Ultra. Peranti itu kini menduduki tempat pertama dalam pengimejan dan skor zum global DXOMARK dengan jumlah markah 163 mata dan 164 mata. Skor video pula mendapat 148 mata yang menempatkannya di kedudukan ke-47.

    Pura 70 Ultra hadir dengan ciri kamera yang mempunyai pembiakan rona kulit yang cemerlang, imbangan putih automatik yang tepat dan prestasi perincian yang sangat baik. Penderia 1-inci dan algoritma yang dioptimumkan mempertingkatkan lagi tekstur imej dan pemprosesan hingar (noise) yang mampu untuk mengalahkan prestasi imej pada Mate60 Pro+.

    Kelebihan utama Pura 70 Ultra:

    • Foto (169 mata): Exposure stabil, imbangan putih dan warna semula jadi yang tepat digabungkan dengan penderia besar 1 inci serta modul apertur boleh ubah. Membawa kedalaman medan dan fleksibiliti yang sangat baik terutamanya bagi rakaman dekat dan makro.
    • Zum (164 mata): Prestasi stabil dengan perincian yang sangat baik, hingar rendah dan pemaparan warna yang selari sepanjang julat zum.
    • Kabur (85 mata): Kesan kabur semula jadi dan pengasingan subjek yang tepat.
    • Sorotan lain termasuk prestasi cahaya rendah yang sangat baik, kawalan pendedahan, autofokus dan kawalan hingar.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: DXOMARK

     

    Artikel Terkini

    Selepas 7 tahun menghilang, vivo S2 kini dilancarkan dengan bateri 7,050mAh dan IP69

    vivo melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu vivo S2 selepas siri berkenaan tidak mengeluarkan model baharu hampir tujuh tahun. Peranti kelas pertengahan ini...

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured