More

    Xiaomi Pad 6S Pro mungkin akan dilancar di Malaysia dalam masa terdekat

    Dengan pelancaran siri iPad Air dan iPad Pro pada minggu lepas, kini Xiaomi Malaysia pula mungkin akan melancarkan sebuah tablet baharu yang mempunyai spesifikasi tinggi.

    Dalam laman Facebook rasmi, Xiaomi Malaysia telah memuat naik gambar serta video pendek untuk Xiaomi Pad 6S Pro dan ini mungkin menandakan tablet tersebut akan hadir ke pasaran Malaysia tidak lama lagi.

    Sebelum ini, Xiaomi Pad 6S Pro telah dilancar untuk pasaran China pada bulan Februari lalu. Ia merupakan tablet yang mempunyai spesifikasi agak tinggi seperti cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2, RAM sehingga 16GB, storan dalaman sehingga 1TB, bateri 10,000mAh dan pengecasan pantas 120W.

    Skrinnya pula berukuran 12.4 inci dengan nisbah aspek 3:2, mempunyai resolusi 3K, kadar segar semula 144Hz serta kecerahan puncak 900 nits. Ia boleh digunakan dengan Papan Kekunci Sentuhan Pintar dan Xiaomi Focus Stylus baharu.

    Tablet ini turut mempunyai dua kamera di belakang (50MP+2MP) dan kamera swafoto 20MP di hadapannya.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tablet ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured