Selepas mengeluarkan Redmi Note 13R Pro tahun lepas, anak syarikat Xiaomi kini melancarkan varian standard peranti tersebut iaitu Redmi Note 13R di China. Walaupun dilancarkan dengan harga yang mesra bajet, ia hadir dengan beberapa spesifikasi yang menarik.
Redmi Note 13R dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 4 Gen 2 yang dipasangkan dengan RAM sehingga 12GB dan storan sehingga 512GB. Baterinya berkapasiti 5030mAh dengan sokongan pengecasan 33W melalui port USB-C.



Paparannya menggunakan LCD 6.79 inci beresolusi FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz dan potongan lubang tebuk tengah yang menempatkan kamera swafoto 5MP. Di bahagian belakang, terdapat kamera utama 50MP bersama dengan makro 2MP. Spesifikasi lain termasuk HyperOS, dwi SIM dan pilihan warna sama ada biru, perak atau hitam.
Harga Note 13R bermula CNY1,399 (~RM907) untuk varian 6/128GB dan mencapai CNY2,199 (~RM1426) untuk varian 12/512GB. Sama-sama nantikan kenyataan rasmi Redmi jika ia akan dilancarkan di Malaysia kelak. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Redmi Note 13R dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Xiaomi







