More

    Acer Malaysia rai ulang tahun ke-30 dengan siri produk untuk produktiviti dan santai

    Acer hari ini meraikan ulang tahun ke-30 di Malaysia dengan cukup bermakna dengan pengenalan pilihan-pilihan produk baharu dan lebih canggih.

    Produk yang dilancarkan oleh Acer hari ini termasuk produk terkini Acer Spin 3 dan TravelMate P614 yang baru sahaja diumumkan pada CES 2020 di Las Vegas, baru-baru ini. Model terbaru Acer ini menampilkan reka bentuk lebih nipis dengan pemproses lebih berkuasa Intel® Core™ Generasi ke-10.

    Menariknya komputer riba boleh ubah ini didatangkan dengan ensel lipat 360 darjah, dengan paparan sentuh Full HD 14-inci, memiliki 7.82mm bezel nipis serta menggunakan teknologi Wacom AES (elektrostatik aktif) untuk keupayaan pengecasan pantas.

    Acer Spin 3

    Model Acer Spin 3 Intel® Core™ i5 Generasi ke-10 dengan 8GB RAM dijual pada harga RM3,199 manakala varian Intel® Core™ i3, 4GB RAM berharga RM2,699. Kedua-dua varian boleh didapati di semua kedai konsep Acer dan kedai dalam talian rasmi serta penjual rasmi terpilih Acer pada bulan Mac.

    Manakala untuk model Acer TravelMate P614 ini memahami keperluan keselamatan dimana pengguna boleh log masuk ke dalam TravelMate P614 menggunakan Windows Hello menerusi pembaca cap jari pada butang kuasa, atau menerusi webcam IR yang menggunakan pengenalan wajah biometrik. Ianya dijual bermula pada harga RM4,899.

    Acer TravelMate P614

    Acer juga memperkenalkan Acer Aspire C27-962 All-In-One PC yang didatangkan dengan ciri penjimatan ruang dan reka bentuk elegan bagi kegunaan keluarga, rekaan projektor yang inovatif dan 3 siri paparan untuk memenuhi keperluan pengguna. Anda boleh mendapatkan All-In-One PC pada harga RM3,499.

    Jika anda ingin tahu spesifikasi kedua-dua model ini dengan lebih lanjut boleh layari laman web rasmi Acer disini. Teruskan bersama kami di TechNave BM untuk berita rasmi mengenai produk terbaru dari Acer.

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured