More

    Acer Swift Edge 14 AI (2025) dilancar di Malaysia: Intel Core Ultra 9, OLED 3K berharga RM7,999

    Sewaktu sambutan Acer Day pada hari ini, Acer Malaysia memperkenalkan komputer riba Acer Swift Edge 14 AI (SFE14-51T-960E) yang menampilkan pelbagai fungsi kecerdasan buatan (AI) yang canggih sambil mempunyai rekaan yang kompak.

    Daripada segi rekaan, komputer ini mempunyai berat 0.99kg sahaja dan dibina dengan rangka magnesium-aloi bertaraf tentera untuk ketahanan yang tinggi. Papan kekuncinya pula mempunyai lapisan yang dirawar UV untuk pengalaman sentuhan seperti baldu dan mengelakkan kesan kotoran.

    Skrinnya menggunakna panel OLED 3K berukuran 14 inci dengan gamut warna DCI-P3 100% dan piawaian VESA DisplayHDR True Black 600 untuk kualiti warna yang tepat, serta dibina daripada kaca Corning Gorilla Glass dengan rawatan Matte Pro untuk mengurangkan pantulan cahaya sehingga 95%. Ini adalah skrin Corning Gorilla Glass pertama dalam dunia yang mempunyai rawatan sedemikian.

    Untuk pemproses, ia menggunakan Intel Core Ultra 9 288H dengan GPU tergabung Intel Arc. Acer mengatakan ia menawarkan prestasi penjanaan AI yang lebih pantas dan resolusi visual yang dipertingkat.

    Ia turut mempunyai webcam beresolusi Full HD dengan penderia IR, menyokong log masuk pengenalan muka Windows Hello serta menyokong fungsi Acer User Sensing 2.0 yang boleh mengesan keberadaan anda untuk tingkatkan privasi, kemudahan dan kecekapan kuasa.

    Acer Swift Edge 14 AI akan dijual di Kedai Konsep Acer seluruh negara pada harga RM7,999. Jika anda membelinya sebelum 6 Ogos 2025, anda layak menebus hadiah bernilai RM449 termasuklah tetikus tanpa wayar Acer HyperScrolling bernilai RM249 dan kredit Touch ‘n Go eWallet bernilai RM200. Anda juga berpeluang memenangi hadiah minggudan dan hadiah utama iaitu tiket ke pusingan akhir VCT Pacific Stage 2 di Jepun.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan komputer ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Acer Swift Air 14 rasmi di Malaysia dengan Intel Core 7 350, berat 1.19kg...

    Acer Malaysia secara rasmi membawa masuk komputer riba baharu Acer Swift Air 14 ke pasaran tempatan. Model nipis dan ringan ini ditawarkan...

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured