More

    Acer umum PC Copilot+ pertama, komputer riba Swift 14 AI berharga ~RM5,155

    Acer telah melancarkan PC Copilot+ pertamanya, komputer riba Swift 14 AI dengan kerjasama Microsoft dan Qualcomm Technologies untuk membawa kepada era baharu keupayaan AI pada Windows 11.

    Peranti ini tersedia dalam model yang dikuasakan oleh Snapdragon X Elite dan Snapdragon X. Ia juga menampilkan salah satu NPU terpantas di dunia untuk komputer riba, membolehkan pemprosesan AI pada peranti dengan lebih cekap sambil menyelaraskan tugas harian dengan fungsi PC yang lebih pintar dan meningkatkan produktiviti untuk beban kerja yang kompleks.

    Komputer riba itu yang dikuasakan oleh Snapdragon X Elite menawarkan 12 teras CPU berprestasi tinggi pada nod proses 4nm, GPU Qualcomm Adreno bersepadu dengan 3.8 TFLOPS dan NPU Qualcomm Hexagon berkemampuan 45 TOPS.

    Ia termasuk memori LPDDR5X-8533 sehingga 32GB dan SSD NVMe PCIe Gen 4 sehingga 1TB untuk pelbagai tugas merentas produktiviti, kreativiti dan hiburan. Keserasian sistem dengan ratusan aplikasi premium yang dioptimumkan untuk seni bina Arm meningkatkan lagi operasinya yang lancar dan cekap.

    Ciri seperti Recall membolehkan pengguna mencari sebarang kandungan pada PC mereka dengan menerangkan butiran yang diisimpan manakala Live Captions menyediakan terjemahan masa nyata video langsung atau prarakam daripada 44 bahasa ke dalam bahasa Inggeris. Ciri Cocreator memudahkan penciptaan imej dan teks yang dijana AI menggunakan gesaan visual atau bertulis dan Auto Super Resolution meningkatkan grafik permainan dalam masa nyata.

    Bukan itu sahaja, Windows Studio Effects meningkatkan kualiti panggilan video dengan menambah baik pencahayaan dan pembatalan hingar. Ciri terakhir iaitu Copilot pula berfungsi sebagai teman AI setiap hari yang boleh diakses melalui kunci khusus.

    Mencerminkan keupayaan modennya, Swift 14 AI menampilkan reka bentuk tersendiri dengan ikon AI unik pada casis nipis dan ringan serta Penunjuk Aktiviti pada pad sentuh. Komputer riba ini memaparkan paparan IPS WQXGA (2560×1600) 14.5 inci dengan kadar penyegaran semula 120Hz, sokongan gamut warna sRGB 100% dan menawarkan pilihan skrin sentuh hujung ke hujung dengan TÜV Rheinland Eyesafe Certification 2.0 untuk mengurangkan kesan cahaya biru.

    Reka bentuk engsel 180 darjah memberikan fleksibiliti dan kamera web IR QHD 1440p dengan tatasusunan tiga mikrofon menyokong alat persidangan yang dipertingkatkan AI. Peranti ini termasuk Wi-Fi 7, Bluetooth 5.4 dan pelbagai port bersama-sama dengan ciri kemampanan seperti penggunaan plastik PCR, 100% pembungkusan kitar semula dan pensijilan EPEAT Gold.

    "
    "

    Acer Swift 14 AI (SF14-11) akan tersedia di Amerika Utara dan EMEA pada bulan Julai bermula pada harga USD 1,099 (~RM5,155). Spesifikasi, harga, dan ketersediaan akan berbeza mengikut wilayah. Untuk maklumat lanjut mengenai ketersediaan, spesifikasi produk dan harga di pasaran tertentu, sila hubungi pejabat Acer terdekat melalui www.acer.com.

    Beritahu pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...