More

    AirPods Pro Generasi Ke-2 kini di Malaysia pada harga RM1,099

    Akhirnya selepas sebulan, AirPods Pro Generasi kedua (Gen-2) kini tersedia untuk dibeli di Malaysia melalui laman web rasmi Apple Malaysia atau kedai rakan kongsi Apple sah terdekat anda. Sebagai peringatan, ia berharga RM1,099.

    Untuk pengetahuan anda, AirPods Pro Gen-2 adalah fon telinga pertama yang hadir dengan port USB-C MagSafe Charging Case. Anda boleh menggunakan kabel USB-C pada bekas pengecas serta siri iPhone 15, iPad dan Mac terkini. Selain itu, ia dikuasakan oleh cipset H2 yang berfungsi pada audio pengiraan lanjutan dan Audio Spatial Peribadi sukan (terpakai untuk iOS 16 dan ke atas).

    AirPods Pro 2nd Gen boleh bertahan sehingga enam jam main balik dengan sekali cas dan 30 jam main balik dengan bekas pengecas. Sudah tentu, anda juga boleh menggunakan beberapa ciri seperti Pembatalan Bunyi Aktif (ANC), Audio Adaptif, Mod Ketelusan, Kesedaran Perbualan serta Kelantangan Peribadi.

    Ia mengambil masa satu hari perniagaan untuk menghantar produk dan anda juga boleh memperibadikan bekas pengecas secara percuma. Untuk membaca butiran lanjut tentang AirPods Pro Generasi Kedua, anda boleh menyemak liputan berita kami di sini.

    Beri pendapat anda di Facebook  dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured