More

    Akaun WhatsApp Menteri Dalam Negeri digodam, rakyat diminta berwaspada

    Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution, berkata akaun WhatsApp beliau telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab pada hari ini.

    Sehubungan itu, kementeriannya mengingatkan orang ramai supaya berwaspada terhadap sebarang panggilan atau mesej yang berpura-pura sebagai YB Datuk Seri Saifuddin Nasution, terutamanya jika ia melibatkan kewangan atau temujanji untuk berjumpa.

    Pihaknya juga telah melaporkan kes ini kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya. Beliau kesal dengan tindakan penggodam yang tidak bertanggungjawab ini dan menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan pelbagai bentuk penipuan yang menular di media sosial pada waktu ini.

    Ini membuktikan bahawa orang berjawatan tinggi dalam kerajaan juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa penipuan dalam internet. Oleh yang demikian, kita sebagai orang awam juga harus mengambil langkah berjaga-jaga.

    Untuk mengetahui segala langkah yang anda perlu ambil untuk elak daripada menjadi mangsa scam, baca artikel ini.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured