More

    Amazfit Balance 2 rasmi di Malaysia: AMOLED 1.5″, mod HYROX dan kalis air 10 ATM berharga RM1,299

    Amazfit secara rasmi telah melancarkan jam tangan pintar terbaharu dengan Amazfit Balance 2 dalam pasaran Malaysia. Peranti ini direka dengan penekanan terhadap kecergasan dan gaya hidup aktif. Balance 2 hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 1.5 inci yang dilindungi kaca kristal nilam, kecerahan sehingga 2,000 nits dan ketahanan air sehingga 10 ATM.

    Kapasiti bateri membolehkan penggunaan sehingga 21 hari dalam satu cas. Jam pintar ini menyokong lebih 170 mod sukan termasuk larian dan selaman sehingga kedalaman 45 meter serta menampilkan mod khas untuk perlumbaan HYROX yang merupakan satu bentuk latihan intensiti tinggi yang memerlukan struktur masa, peralihan dan pemulihan yang sistematik.

    Ciri pemantauan kesihatan turut disertakan termasuk kadar degupan jantung, HRV, paras oksigen dalam darah (SpOâ‚‚), kualiti tidur dan tahap pemulihan harian. Selain itu, pengguna juga boleh memuat turun peta laluan secara percuma untuk aktiviti luar. Amazfit turut memperkenalkan atlet kebangsaan acara 800 meter, Wan Muhammad Fazri Wan Zahari, sebagai duta rasmi produk ini.

    Balance 2 boleh ditempah awal bermula 29 Jun 2025 dan akan dilancarkan secara rasmi pada 4 Julai 2025 dengan harga RM1,299. Ia boleh didapati melalui peruncit sah serta kedai rasmi Amazfit di Shopee. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured