More

    Amazfit Bip 6 dilancarkan dengan skrin AMOLED, 140 mod sukan dan bateri sehingga 14 hari berharga ~RM355

    Amazfit telah melancarkan jam tangan pintar terbaharunya, Amazfit Bip 6, sebagai pengganti kepada model Bip 5 yang diperkenalkan pada tahun 2023. Bip 6 menggunakan sistem operasi Zepp OS 4.5 yang dikuasakan oleh OpenAI dan dilengkapi dengan skrin warna AMOLED bersaiz 1.97 inci dengan resolusi 450×390 piksel, ketumpatan piksel 302 ppi serta tahap kecerahan maksimum sehingga 2,000 nits.

    Skrinnya dilindungi oleh kaca tempered dan dilengkapi dengan lapisan anti-cap jari. Amazfit Bip 6 turut menyokong lebih daripada 400 rekaan muka jam namun masih belum diketahui sama ada ia mempunyai fungsi Always-On Display atau tidak. Daripada segi rekaan, bingkai Amazfit Bip 6 diperbuat daripada aloi aluminium manakala casingnya menggunakan polimer bertetulang gentian.

    Ia mempunyai dua butang fizikal di bahagian kanan dan berat 27.9 gram tanpa tali. Tali jam berukuran 22mm ini diperbuat daripada silikon cecair dan boleh dilaraskan untuk saiz pergelangan tangan antara 130mm hingga 195mm. Amazfit Bip 6 turut menawarkan pelbagai ciri kesihatan dan kecergasan termasuk pemantauan tidur, kadar denyutan jantung, tahap oksigen dalam darah serta pemantauan tekanan.

    Ia juga menyokong lebih daripada 140 mod sukan dalaman dan luaran serta boleh menjejak kitaran haid wanita dengan bantuan Wild. AI yang memberikan cadangan senaman, pemakanan dan pemulihan berdasarkan kitaran hormon. Antara ciri utama lain yang disertakan ialah ketahanan air 5 ATM, sokongan panggilan Bluetooth, pembesar suara, mikrofon, Zepp Coach, serta sensor cahaya ambien untuk pelarasan kecerahan automatik.

    Selain itu, Amazfit Bip 6 turut dilengkapi dengan GPS terbina dalam yang menyokong lima sistem penentududukan satelit serta keupayaan memuat turun peta untuk arahan navigasi secara langsung. Fungsi kawalan suara dan sambungan Bluetooth 5.2 juga membolehkan jam tangan ini digunakan dengan peranti yang menjalankan sistem operasi Android 7.0 ke atas dan iOS 14.0 ke atas.

    Daripada segi ketahanan bateri, Amazfit Bip 6 didatangkan dengan bateri berkapasiti 340 mAh yang mampu bertahan sehingga 14 hari untuk penggunaan biasa dan sehingga enam hari bagi penggunaan intensif. Walau bagaimanapun, pakej jualannya hanya menyertakan tapak pengecas yang menyokong USB-C tanpa kabel pengecasan sebagai langkah mesra alam.

    Amazfit Bip 6 ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu Black, Charcoal, Stone dan Red pada harga $79.99 (~RM355). Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan jam tangan pintar ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Amazfit

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured