More

    Anda boleh pra-tempah realme 13 Pro 5G Series dengan deposit serendah RM13 sahaja

    Siri realme 13 Pro 5G Series bakal dilancar dalam pasaran Malaysia pada hari Khamis ini (19 September 2024) dan jika anda sudah pun berminat untuk membeli peranti ini, anda boleh buat pra-tempahan bermula hari ini dengan bayaran deposit serendah RM13 sahaja.

    Pra-tempahan untuk peranti ini boleh dibuat di mana-mana kedai realme Brand Stores seluruh negara sebelum 19 September 2024. Sebaik sahaja anda melengkapkan pembayaran penuh pada 20 September untuk mendapatkan realme 13 Pro 5G Series, anda akan menerima pelbagai hadiah menarik seperti:

    • realme Buds T110 (untuk realme 13 Pro+)
    • realme Buds T01 (untuk realme 13 Pro)
    • Rebat RM100
    • Waranti lanjutan selama 1+1 tahun
    • Penggantian retak depan dan belakang telefon selama 730 hari

    realme mengatakan siri realme 13 akan mempunyai sistem kamera yang dibantu oleh kecerdasan buatan (AI), seperti kebanyakan telefon jenama lain yang dilancar pada 2024. Ia menggunakan sistem kamera HYPERIMAGE+ yang memanfaatkan sistem optikal, algoritma pengimejan AI dan penyuntingan gambar AI bagi meningkatkan kualiti gambar dan jurang dinamik.

    realme 13 Pro+ 5G akan menjadi telefon pertama dalam dunia yang dilengkapi sensor Sony LYT-701 50MP untuk kamera utama. Ia turut mempunyai satu kamera telefoto periskop yang menggunakan sensor Sony LYT-600 50MP dan menawarkan zum optikal 3x.

    Kedua-dua lensa telah menerima pengiktirafan TÜV Rheinland High-Resolution Camera Certification bagi menjamin kualiti gambar yang cantik.

    Sementara itu, realme 13 Pro 5G pula menggunakan sensor Sony LYT-600 untuk kamera utama yang menyokong penstabilan imej optikal dan sensor in-zoom sebanyak 2x. Ia mempunyai teknologi AI Ultra Clarity untuk meningkatkan resolusi dan butiran gambar yang kabur, terutamanya gambar yang diambil dalam lingkungan zum 10x hingga 30x.

    Pelancaran rasmi realme 13 Pro 5G Series akan disiarkan secara langsung dalam TikTok realme Malaysia pada 19 September ini jam 2:00 petang. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri realme 13 Pro dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...