More

    Anda dijemput untuk jadi orang terawal di Malaysia guna HUAWEI P60 Pro dan HUAWEI Mate X3

    Baru-baru ini, HUAWEI telah melancarkan dua buah telefon pintar andalan (flagship) di China iaitu HUAWEI P60 Pro dan HUAWEI Mate X3. Setakat ini, kita masih belum menerima maklumat tentang keberadaan kedua-dua peranti di Malaysia, namun buat mereka yang berminat, anda dijemput untuk jadi orang-orang pertama yang menggunakan dua peranti ini di sini.

    HUAWEI Malaysia kini sedang membuka pendaftaran untuk para pengguna yang berminat mencuba telefon pintar andalan HUAWEI P60 Pro dan telefon lipat HUAWEI Mate X3. Selain peluang awal untuk mencuba dua-dua peranti ini, anda juga akan mendapat hadiah istimewa dengan mendaftar untuk sesi percubaan ini.

    HUAWEI P60 Pro

    Untuk mereka yang tidak tahu, HUAWEI P60 Pro diketengahkan oleh HUAWEI sebagai telefon pertama yang dilengkapi kamera telefoto untuk situasi malap (low-light telephoto camera), dengan sistem multi lensa. Selain itu, ia juga mempunyai nilai apertur yang boleh berubah, dan apabila digabungkan dengan XD Fusion Pro, boleh memberikan jurang dinamik (dynamic range) luas sewaktu situasi cahaya terang dan gelap serentak.

    HUAWEI P60 Pro dan HUAWEI Mate X3 turut menawarkan sistem antara muka yang baharu bernama XMAGE UX, dengan fungsi seperti Quick Menu, Zoom Ring dan One-Handed Shooting.

    HUAWEI Mate X3

    HUAWEI P60 Pro mempunyai bateri 4,815mAh yang menyokong pengecasan pantas 88W serta pengecasan wayarles 50W. Baca artikel pelancaran untuk HUAWEI P60 Pro dan HUAWEI Mate X3 untuk maklumat lanjut mengenainya.

    Layari laman web HUAWEI Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran untuk menjadi orang terawal menggunakan telefon HUAWEI baru. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured