More

    Anda kini boleh lawan bersama Optimus Prime, Megatron atau Transformers lain dalam PUBG Mobile!

    Selepas menawarkan kolaborasi dengan siri anime popular, permainan mudah alih popular PUBG Mobile baru-baru ini memperkenalkan Kemas Kini Versi 3.9 pula di mana ia menawarkan kandungan khas bertemakan Transformer kepada para pemain serta pelbagai penambahan lain yang menarik.

    Dengan kemas kini ini, pemain boleh menyeru watak Transformers popular, Optimus Prime atau Megatron, menggunakan Cybertron Beacon atau minta penghantaran Cybertron Crates yang penuh dengan item-item bekalan dan Energon. Setiap robot Transformers dalam kemas kini ini boleh bertukar antara kenderaan dan robot, serta mempunyai kebolehan yang tersendiri seperti Charge Slam oleh Optimus Prime atau Triple Fusion Blast oleh Megatron.

    Apabila kedua-dua seteru ini bertemu dalam peta Erangel, sebuah arena khas akan muncul. Jika Optimus Prime ditewaskan sebelum pertarungan bermula, pemain boleh menghidupkannya semula untuk meneruskan pertempuran. Apabila pusingan tamat, robot-robot Transformers akan lakukan tarian khas.

    Anda juga boleh pilih untuk menyertai pasukan Optimus Prime atau pasukan Megatron dan lengkapkan pelbagai misi untuk dapatkan ganjaran menarik. Anda boleh lawati Cosmic Meteorite untuk persemabahan khas, dapatkan pek bekalan Cybetronian atau naik papan luncur Cosmic Hoverboard. Pelbagai kenderaan bertemakan Transformers juga akan tiba dalam PUBG Mobile pada 18 Julai ini.

    Dalam beberapa peta seperti Erangel, Livik dan Sanhok, pemain boleh pergi ke Neon Outpost untuk sertai pelbagai acara menarik bertemakan robot. Ini termasuklah melawat sebuah black market dengan kedai-kedai futuristik, menunggang beberapa buah robot serta berlawan dalam Astro Den iaitu sebuah medan pertempuran jarak dekat.

    Kemas kini versi 3.9 ini boleh dimainkan dalam PUBG Mobile sehingga 2 September 2025. Ia boleh dimuat turun daripada App Store atau Google Play Store.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured