More

    Apple janjikan kemas kini untuk iPhone 15 selama 5 tahun akan datang

    Sebelum ini, Apple tidak pernah memberi butiran spesifik mengenai tempoh penyediaan kemas kini (updates) untuk siri telefon pintar iPhone, namun mereka mempunyai rekod sebelum ini di mana sebuah model iPhone pernah menerima kemas kini sehingga enam tahun.

    Kini Apple menyatakan secara khusus tentang tempoh penyediaan kemas kini untuk siri iPhone 15. Syarikat teknologi Amerika Syarikat itu telah diarahkan oleh agensi kerajaan United Kingdom untuk menyediakan kemas kini selama sekurang-kurangnya lima tahun.

    Ini bermaksud siri iPhone 15 akan menerima kemas kini sehingga 2028, atau sistem operasi iOS 22 (sewaktu pelancaran, siri iPhone 15 menggunakan iOS 17). Apple mungkin akan melanjutkan lagi tempoh tersebut jika mereka ingin melakukannya, namun sekurang-kurangnya kini kita sudah mempunyai butiran konkrit tentang tempoh penyediaan kemas kini untuk iPhone terkini.

    Sebagai rujukan, siri iPhone XS yang dilancar pada 2018 masih lagi menerima kemas kini iOS 17 pada 2023, lima tahun selepas pelancarannya. Sementara itu, siri iPhone X yang dilancar pada 2017 tidak lagi menerima kemas kini iOS utama pada 2024, namun ia masih menerima kemas kini keselamatan (security updates) dan dijangka akan terus menerimanya sehingga 2026.

    Sungguh pun begitu, ini adalah lebih singkat berbanding beberapa jenama pesaing. Sebagai contoh, Samsung menjanjikan tempoh kemas kini sehingga tujuh tahun untuk siri Samsung Galaxy S24 manakala Google turut menjanjikan tempoh yang sama untuk siri Pixel 8.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Apple

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured