More

    Apple kongsi iklan iPhone 15 Plus, menonjolkan hayat bateri panjang

    Baru-baru ini, Apple memuat naik iklan ringkas bagi iPhone 15 Plus di saluran rasmi YouTube mereka, menonjolkan daya tahan bateri yang hebat pada peranti tersebut.

    Dalam video itu, sebuah soket elektrik menjadi hidup dan melantunkan lagu “Way Too Long” oleh rapper Doe Boy. Soket tersebut menggambarkan perasaan sedih kerana iPhone 15 Plus dapat bertahan begitu lama sebelum perlu dicas, menunjukkan pengurangan penggunaan cas.

    Menurut spesifikasi teknikal daripada Apple, iPhone 15 Plus dikatakan mampu menyediakan sehingga 26 jam pemutaran video luar talian dan sehingga 100 jam pemutaran audio. Seperti iPhone 14 Plus, iPhone 15 Plus menawarkan jangka hayat bateri yang diiklankan terpanjang di antara semua model iPhone sebelum ini.

    Dalam video tersebut, Apple turut menunjukkan skrin besar,h ayat bateri yang panjang, Dynamic Island, kamera utama 48MP, kamera telefoto 2x, potret generasi seterusnya, penarafan kalis air IP68, USB-C dan reka bentuk aluminium. Anda tidak mahu terlepas. Iklan ini juga dikongsi sebagai YouTube Short.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: MacRumors

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured