More

    Apple lancarkan M2 Pro dan M2 Max, cipset tercanggih untuk komputer Mac

    Dalam sebuah acara yang berlangsung semalam, Apple telah melancarkan varian baharu untuk cip komputer Apple M2 iaitu M2 Pro dan M2 Max. Kedua-duanya dibina dengan nod proses 5 nanometer (nm) generasi kedua untuk prestasi terpantas dalam komputer-komputer binaan Apple.

    M2 Pro mempunyai lebih 40 bilion transistor dan seni bina memory bersepadu (unified memory architecture) 32GB yang membenarkan CPU dan GPU untuk mengakses data pada kadar 200GB sesaat iaitu dua kali ganda lebih pantas berbanding M2.

    Selain itu, M2 Pro mempunyai CPU 12 teras yang terdiri daripada lapan teras prestasi tinggi dan empat teras kecekapan tinggi, memberikannya prestasi lebih pantas sebanyak 20 peratus berbanding M1 Pro. GPU M2 Pro pula mempunyai 19 teras untuk prestasi 30 peratus lebih pantas berbanding M1 Pro.

    Untuk tugas pembelajaran mesin (machine learning) seperti pemprosesan imej dan video pula, Neural Engine 16 teras dalam M2 Pro menawarkan peningkatan prestasi sebanyak 40 peratus. Ia membenarkan suntingan untuk beberapa video ProRes 4K dan 8K serentak untuk aliran kerja yang lebih pantas.

    M2 Max pula adalah varian tercanggih dalam siri cip M2, di mana ia dilengkapi lebih 67 bilion transistor dan kapasiti memori bersepadu sehingga 96GB dengan kelajuan bandwith 400GB sesaat.

    M2 Max masih mempunyai CPU 12 teras sama yang terdapat pada M2 Pro, namun GPU dalam M2 Max mempunyai 38 teras untuk prestasi grafik yang lebih pantas. Seperti M2 Pro, M2 Max menawarkan peningkatan prestasi dalam codec video H.264, HEVC (H.265) dan ProRes dalam resolusi 8K dan 4K.

    Sebagai komputer pertama yang dilengkapi dua cipset ini, Apple telah melancarkan MacBook Pro baharu dengan M2 Pro dan M2 Max, di mana ditawarkan dalam saiz skrin 14 inci atau 16 inci. Selain itu, Apple juga melancarkan komputer Mac mini yang dilengkapi cip M2 dan M2 Pro.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan cipset ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured