More

    Apple mungkin hasilkan lebih banyak iPhone kelas pertengahan, akan bersaing dengan jenama China

    Jenama iPhone selalunya dikaitkan dengan telefon flagship yang mahal, namun baru-baru ini Apple telah pun memperkenalkan varian pertengahan untuk siri telefon itu seperti iPhone SE 2020 dan iPhone XR. Kini Apple mungkin akan meluaskan lagi siri telefon kelas pertengahan untuk jenama iPhone dan bersaing dengan jenama China seperti Xiaomi dan OPPO yang menghasilkan banyak peranti kelas pertengahan.

    Syarikat modul kamera dan optikal dari China, Sunny Optical Technology, meramal bahawa pesanan daripada HUAWEI akan jatuh mendadak berikutan sekatan yang dikuat kuasakan oleh Amerika Syarikat (AS). Bagi menggantikan pengurangan tersebut, Sunny Optical berharap untuk menjadi pembekal modul kamera untuk iPhone pada tahun 2021.

    Dengan melancarkan lebih banyak telefon mampu milik, Apple akan cuba meluaskan bilangan pembekal bagi mengurangkan kos pengilangan. Buat masa ini, syarikat pembekal komponen kamera untuk pengilangan iPhone adalah Largan Precision dan Genius Electronic Optical dari Taiwan.

    iPhone kelas pertengahan yang dimaksudkan ini mungkin adalah iPhone SE Plus yang mempunyai skrin 5.5 inci dengan pengimbas cap jari di bahagian sisi. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured