More

    Apple mungkin akan perkenalkan varian iPhone Ultra pada tahun hadapan

    Buat masa ini, varian tercanggih untuk siri telefon pintar iPhone adalah iPhone 14 Pro Max, di mana penjenamaan “Pro Max” itu telah digunakan untuk varian tercanggih dalam sebuah siri iPhone sejak 2019. Kini, Apple dikhabarkan bakal memperkenalkan sebuah lagi varian baharu untuk para pengguna yang inginkan fungsi tercanggih dalam iPhone mereka.

    Menurut wartawan teknologi Bloomberg, Mark Gurman, Apple akan mula memperkenalkan varian Ultra untuk siri iPhone yang dilancar pada 2024. Ia bakal menjadi varian yang paling mahal dan dilengkapi pelbagai fungsi tercanggih yang membuatkannya jauh berbeza dengan varian Pro Max.

    Walaupun dengan kehadiran iPhone Ultra, beliau turut menjelaskan bahawa ia tidak akan menggantikan iPhone Pro Max. Sebelum ini, Gurman sering memberikan ramalan yang tepat untuk pelancaran produk-produk Apple, jadi ramalan terbaru ini mungkin ada benarnya.

    Selain itu, CEO Tim Cook menyatakan dalam sebuah mesyuarat kewangan (earnings call) bahawa pelanggan tidak kisah untuk berbelanja besar bagi mendapatkan varian iPhone tercanggih. Malah, harga yang semakin tinggi itu mungkin menggalakkan para pelanggan untuk berbelanja lebih banyak.

    Oleh yang demikian, Apple mungkin akan melancarkan varian Ultra bagi para pelanggan yang sanggup berbelanja besar untuk iPhone tercanggih. Selain dilengkapi cipset terpantas dan skrin terbesar, ia juga mungkin bakal menjadi iPhone pertama yang tidak mempunyai sebarang port pengecasan.

    Buat masa ini, Apple sudah pun menggunakan penjenamaan “Ultra” untuk jam tangan Apple Watch Ultra dan cipset komputer M1 Ultra bagi menandakan varian tercanggih dalam kategori produk masing-masing.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Bloomberg

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...