More

    Apple One tawarkan kandungan khas Hari Raya dalam Apple Music, TV+, Arcade dan Fitness

    Menjelang Hari Raya, anda akan menemui cadangan untuk beberapa kandungan permainan dan hiburan hebat di bawah perkhidmatan Apple One. Anda boleh mendaftar ke Apple One atau mencuba menggunakan kod langganan untuk Apple Music, Apple TV+, Apple Arcade dan Apple Fitness+.

    Apple Music menawarkan akses kepada lebih 90 juta lagu dalam audio spatial dengan Dolby Atmos, Lossless dan Hi-Resolution Lossless. Dengan ciri ini, pengguna boleh memuat turun lagu dengan lirik yang disegerakkan masa dan berkongsi muzik dengan rakan menggunakan Kongsi Dengan Saya (Shared With Me). “Hari Raya untuk Keluarga” dan “Riang Ria Hari Raya” serta lagu Raya tradisional dan nostalgia turut disenaraikan untuk seisi keluarga.

    Langganan bulanan individu hanya RM 14.90 sebulan selepas percubaan percuma selama sebulan. Anda juga boleh memilih untuk tingkatkan dan kongsi akaun anda dengan sehingga lima orang dengan Pelan Keluarga Apple Music pada hanya RM 22.90. Pelanggan baharu boleh menikmati 6 bulan Apple Music percuma dengan fon kepala AirPods, AirPods Pro, AirPods Max atau Beats.

    Apple TV+ menawarkan siri drama dan komedi premium, menarik, filem cereka, dokumentari dan hiburan kanak-kanak serta keluarga. Apple TV+ tersedia pada aplikasi Apple TV di lebih 100 negara dan wilayahtermasuk iPhone, iPad, Apple TV, Mac, TV pintar popular daripada Samsung, LG, Sony, Chromecast dengan Google TV, konsol game PlayStation dan Xbox serta di tv.apple.com.

    Nikmati Apple TV+ pada harga RM 19.90 sebulan selepas percubaan percuma selama tujuh hari. Langganan Apple TV+ boleh dikongsikan dengan sehingga lima ahli keluarga.Pelanggan yang membeli dan mengaktifkan iPhone, iPad, Apple TV, Mac atau iPod touch baharu boleh menikmati tiga bulan Apple TV+ secara percuma.

    Apple Arcade terus menjadi perkhidmatan gaming untuk semua peringkat umur. Game di Apple Arcade boleh dimainkan pada iPhone, iPad, Mac dan Apple TV. Beberapa permainan terbaharu yang telah ditambahkan pada minggu ini seperti “Hidden Folks”, “Gibbon: Beyond the Trees”, “Gear.Club Stradale” dan “Moonshot – A Journey Home”.

    Nikmati Apple Arcade pada harga RM 19.90 sebulan selepas percubaan percuma selama sebulan. Langganan Apple Arcade boleh dikongsikan sehingga lima ahli keluarga. Pembeli iPhone, iPad, iPod touch, Apple TV atau Mac baharu boleh menikmati Arked Apple selama tiga bulan secara percuma.

    Dengan Apple Fitness+, pengguna boleh memilih daripada katalog senaman dan meditasi. Ia juga memerhatikan kadar denyutan jantung dan kalori pada iPhone, iPad atau Apple TV. Ia menyokong 11 jenis senaman, termasuk Latihan Selang Intensiti Tinggi (HIIT), Yoga dan banyak lagi. Dengan Fitness+ Collections, pengguna boleh menggunakan SharePlay untuk bersenam bersama rakan-rakan atua keluarga.

    "
    "

    Menjelang Hari Tarian Antarabangsa pada 29 April, Fitness+ memperkenalkan koleksi tarian baharu menampilkan lagu hit dan gerakan ikonik daripada video BTS. Fitness+ juga memperkenalkan koleksi senaman baharu pada 25 April yang direka untuk menarik pelanggan menari “Get into a Groove with Dance” bermula dengan tiga latihan selama 20 minit daripada setiap jurulatih Fitness+ Dance.

    Tiga bulan pertama Apple Fitness+ disertakan untuk pelanggan yang membeli Apple Watch Series 3 atau lebih baru dan satu bulan Fitness+ disertakan untuk pengguna Apple Watch sedia ada. Langganan pada harga RM19.90 sebulan atau RM 119.90 setahun turut termasuk Perkongsian Keluarga.

    Dengan Apple One, anda akan mendapat semua perkhidmatan dalam satu pelan mudah termasuk Apple Music, Apple TV+, Apple Arcade, Apple Fitness+ dan iCloud. Berikut merupakan pelan Apple One bersama harga bulanannya:

    • Apple One Individual termasuk Apple Music, Apple TV+, Apple Arcade dan 50GB iCloud+ pada harga RM19.90 sebulan.
    • Apple One Family termasuk Apple Music, Apple TV+, Apple Arcade dan 200GB iCloud+ pada harga RM33.90 sebulan dan boleh dikongsi dalam kalangan sehingga enam ahli keluarga.
    • Apple One Premier termasuk Apple Music, Apple TV+, Apple Arcade, Apple Fitness+ dan 2TB iCloud+ pada harga RM69.90 sebulan dan boleh dikongsi dalam kalangan sehingga enam ahli keluarga.
    • Nikmati sebulan percuma. Sebarang perkhidmatan yang anda belum cuba adalah percuma untuk bulan pertama. 

    Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Sarawak iktiraf TNG eWallet sebagai kaedah bayaran gaji alternatif

    TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan bahawa TNG eWallet kini diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) sebagai kaedah pembayaran...

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured