More

    Apple perkenalkan efek Edge Light untuk tingkatkan kualiti panggilan video dalam komputer Mac

    Jika anda menggunakan komputer riba MacBook atau komputer iMac, anda pasti akan berminat dengan sebuah ciri baharu yang diperkenalkan oleh Apple iaitu Edge Light. Ia merupakan sebuah ciri yang mencerahkan muka anda sewaktu anda membuat panggilan video ketika berada dalam suasana malap.

    Ia berfungsi sebagai cahaya penuh (fill-light) maya supaya anda nampak lebih cerah dan terang dalam skrin walaupun sewaktu cahaya persekitaran nampak malap. Efek ini membuatkan anda nampak seperti menggunakan lampu cincin (ring light).

    Apabila ia didayakan, efek ini akan meningkatkan kecerahan dan melembutkan cahaya pada muka dengan menjana sinaran halus pada sempadan skrin anda. Ini akan mengekalkan fokus pada muka dan membuatkan muka anda lebih mudah dilihat pada skrin orang lain.

    Ciri ini akan berfungsi secara automatik apabila panggilan video bermula. Pengguna boleh melaraskan kecerahan dan suhu warna dengan lebih lanjut supaya ia nampak natural dan kemas.

    Ia akan ditawarkan kepada semua komputer Mac yang menggunakan sistem operasi macOS Tahoe 26.2 dan ke atas. Ia juga boleh digunakan dengan kamera luaran melalui fungsi Apple Continuity Camera.

    Adakah anda sudah mencuba fungsi baharu ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Belanjawan 2027: Rakyat Digital tawar 100,000 langganan AI percuma tahun depan

    Inisiatif Rakyat Digital akan diteruskan pada 2027 dengan penyediaan 100,000 langganan perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) percuma. Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk...

    Belanjawan 2027: Kerajaan dan Grab sediakan RM160 juta untuk pekerja e-hailing dan p-hailing

    Kerajaan mengumumkan pakej bantuan khas bernilai RM160 juta yang dibiayai bersama Grab bagi meningkatkan pendapatan bersih dan kebajikan pekerja e-hailing dan p-hailing...

    Infinix SMART 20e rasmi di Malaysia dengan skrin 120Hz, kalis IP64 bermula RM499

    Infinix melancarkan peranti kelas permulaan baharu iaitu Infinix SMART 20e untuk pasaran Malaysia. Peranti memfokuskan kepada penggunaan harian dan hiburan pada julat...

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured