More

    Apple Store tidak dapat diakses di beberapa negara, mungkin tawarkan promosi baharu

    Kedai dalam talian Apple kini tidak berfungsi di beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Australia, Perancis, Jerman, Itali, Sepanyol, United Kingdom dan banyak lagi. Isu ini tidak berlaku di seluruh dunia dan masih beroperasi di beberapa negara lain termasuk Malaysia.

    Menurut Apple, perkara ini berlaku kerana mereka sedang membuat kemas kini Apple Store. Oleh itu, Apple menasihatkan pelanggan untuk semak semula mungkin dalam beberapa hari lagi.

    Namun, perkara ini tidak begitu jelas sama ada ia berkaitan dengan penyelenggaraan berjadual, pelancaran produk baharu, pelancaran tawaran promosi baharu, perubahan yang dibuat pada reka bentuk, kefungsian kedai dalam talian Apple atau sebab lain.

    Kedai dalam talian Apple tidak dapat diakses buat sementara waktu pada hari terakhir bulan Jun. Setelah ia kembali dalam talian, terdapat promosi baharu di Amerika Syarikat (AS) yang menawarkan kad hadiah Apple $50 (~RM222) dengan pembelian bagi mana-mana Apple TV baharu sehingga 14 Julai. 

    Memandangkan kedai itu menghadapi masalah yang sama pada hari terakhir bulan Julai, berkemungkinan besar terdapat promosi lain akan datang di sesetengah negara. Namun, ini hanyalah spekulasi kami setelah apa yang berlaku pada bulan Jun lepas. 

    Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Macrumors

     

    Artikel Terkini

    Belanjawan 2027: Rakyat Digital tawar 100,000 langganan AI percuma tahun depan

    Inisiatif Rakyat Digital akan diteruskan pada 2027 dengan penyediaan 100,000 langganan perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) percuma. Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk...

    Belanjawan 2027: Kerajaan dan Grab sediakan RM160 juta untuk pekerja e-hailing dan p-hailing

    Kerajaan mengumumkan pakej bantuan khas bernilai RM160 juta yang dibiayai bersama Grab bagi meningkatkan pendapatan bersih dan kebajikan pekerja e-hailing dan p-hailing...

    Infinix SMART 20e rasmi di Malaysia dengan skrin 120Hz, kalis IP64 bermula RM499

    Infinix melancarkan peranti kelas permulaan baharu iaitu Infinix SMART 20e untuk pasaran Malaysia. Peranti memfokuskan kepada penggunaan harian dan hiburan pada julat...

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured