More

    ASUS ROG Malaysia lancarkan komputer riba “gaming” AMD Ryzen 9, siri RTX 30 bermula RM5,799

    ASUS telah melancarkan beberapa komputer riba gaming Republic of Gamers yang baru untuk 2021 dalam pasaran Malaysia, di mana semua komputer ini akan dilengkapi cipset AMD Ryzen 9 dan unit pemproses grafik (GPU) yang terdiri daripada siri NVIDIA GeForce RTX 3080. Siri ROG dengan produk terbaru termasuklah dari jenama Strix, Zephyrus dan Flow seperti yang tertera di bawah:

    ROG Strix G15/17

    • Cipset AMD Ryzen 9-5900HX
    • GPU sehingga NVIDIA GeForce RTX 3080 GDDR6 8GB
    • Skrin 15.6 atau 17.3 inci dengan kadar segar semula 300Hz 3ms dan 100% sRGB Adaptive Sync
    • RAM DDR4 16GB
    • Storan NVME PCIe SSD sehingga 1TB
    • Bermula RM5,799

    ROG Strix Scar 15/17

    • Cipset sehingga AMD Ryzen 9-5900HX
    • GPU sehingga NVIDIA GeForce RTX 3080 GDDR6 16GB
    • Skrin Full HD 15.6 atau 17.3 inci dengan kadar segar semula 300Hz 3ms dan 100% sRGB Adaptive Sync
    • RAM DDR4 sehingga 32GB
    • Storan NVME PCIe Performance SSD 1TB + 1TB
    • Bermula RM8,599

    ROG Zephyrus G15

    • Cipset AMD Ryzen 9-5900HS
    • GPU sehingga NVIDIA GeForce RTX 3080 GDDR6 8GB
    • Skrin Quad HD 15.6 inci dengan kadar segar semula 165Hz 3ms dan 100% DCI-P3 Adaptive Sync
    • RAM DDR4 sehingga 32GB
    • Storan NVME PCIe SSD 1TB
    • Bermula RM6,999

    ROG Zephyrus Duo 15 SE

    • Cipset AMD Ryzen 9-5900HS
    • GPU sehingga NVIDIA GeForce RTX 3080 GDDR6 16GB
    • Skrin 4K 15.6 inci dengan kadar segar semula 120Hz 3ms dan Adaptive Sync
    • RAM DDR4 sehingga 32GB
    • Storan NVME PCIe SSD (Raid 0) sehingga 1TB + 1TB
    • Bermula RM12,999

    ROG Flow X13

    • Cipset sehingga AMD Ryzen 9-5900HS
    • GPU NVIDIA GeForce GTX 1650 GDDR6 4GB
    • Skrin sentuh WUXGA (1920×1200) 13.4 inci, nisbah aspek 16:10, kadar segar semula 120Hz dan 100% sRGB Adaptive Sync
    • RAM DDR4 16GB
    • Storan NVME PCIe SSD sehingga 1TB
    • Bermula RM5,999

    Unit GPU luaran ROG XG Mobile

    • GPU NVIDIA GeForce RTX 3080 GDDR6 16GB dengan hubungan PCIe 3.0 X8 kepada CPU
    • Port I/O bersepadu
    • Sumber tenaga 280W
    • Berat 1 kilogram
    • Berharga RM13,499 (dibeli bersama ROG Flow X13)

    Layari laman web ASUS ROG Malaysia untuk maklumat lanjut. Semua produk ini akan mula dijual dalam pasaran Malaysia bermula bulan Februari. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured