More

    ASUS ROG Phone 9 FE akan dilancar di Malaysia pada 19 Mac 2025

    ASUS Malaysia mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan telefon gaming terbaru, ASUS ROG Phone 9 FE, pada 19 Mac 2025. Perkara tersebut diumumkan dalam media sosial ASUS ROG Malaysia dan para pelanggan yang berminat boleh buat pendaftaran awal untuknya.

    Sebelum ini, ROG Phone 9 FE telah dilancar di Thailand, jadi kita boleh jangkakan spesifikasi yang serupa. Telefon ini dilengkapi cipset flagship generasi lalu iaitu Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3. Ia masih lagi boleh jana prestasi pantas untuk game, namun ia tidak setaraf dengan cipset flagship terkini iaitu Snapdragon 8 Elite yang terdapat pada ROG Phone 9 asal.

    Selain itu, ia dilengkapi RAM 16GB, storan dalaman 256GB, bateri 5,500mAh, pengecasan pantas 65W dan pengecasan wayarles 15W Qi 1.3. Skrinnya menggunakan panel AMOLED 6.78 inci dengan resolusi Full HD+, kadar segar semula 185Hz dan kecerahan puncak 2,500 nits.

    Kameranya pula terdiri daripada kamera utama 50MP dengan penstabilan imej optikal, kamera ultra-lebar 13MP, kamera makro 5MP dan kamera hadapan 32MP.

    Walaupun dengan spesifikasi yang lebih rendah berbanding ROG Phone 9 asal, ia masih mempunyai hiasan AniMe Vision di bahagian belakang, rating kalis air IP68, sistem penyejukan GameCool 8 dan pemicu bucu AirTriggers.

    ROG Phone 9 FE dijual di Thailand pada harga THB29,990 (~RM3,930), jadi kita boleh jangkakan harga yang serupa untuk pasaran Malaysia kelak. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured