More

    Siri ASUS Rog Phone 9 dilancar: Snapdragon 8 Elite, paparan 165Hz dan RAM hingga 24GB bermula ~RM4,467

    ASUS telah secara rasmi melancarkan siri ROG Phone 9 yang terdiri daripada ROG Phone 9 dan ROG Phone 9 Pro. Ia direka khas untuk peminat permainan video dan telefon pintar ini menawarkan perkakasan tercanggih serta ciri inovatif untuk pengalaman permainan yang lebih mengasyikkan daripada model sebelumnya.

    ROG Phone 9 dilengkapi dengan paparan AMOLED HDR LTPO 6.78 inci Full HD+, menyokong kadar penyegaran sehingga 165Hz dan sehingga 185Hz dalam beberapa permainan terpilih. Ia menawarkan kecerahan puncak 2,500 nits, gamut warna 107% DCI-P3 serta perlindungan Corning Gorilla Glass Victus 2.

    Siri ini dikuasakan oleh cipset Snapdragon 8 Elite yang memberikan peningkatan prestasi CPU sebanyak 45% dan GPU sebanyak 40% berbanding generasi sebelumnya. Dengan RAM LPDDR5X dan storan UFS 4.0, ia menyokong konfigurasi sehingga 24GB RAM dan 1TB storan dengan catatan skor AnTuTu sebanyak 3,121,390.

    ASUS turut memperkenalkan Sistem Penyejukan 360° Gen 3 dengan lembaran grafit yang 57% lebih besar dan reka bentuk baharu AeroActive Cooler X Pro. Aksesori ini mempunyai bilah kipas 12.5% lebih besar, bahan termal yang dipertingkatkan serta subwoofer untuk audio stereo 2.1.

    Terdapat juga ROG Chill Case yang menggunakan teknologi Composite Vapor Chamber (CVC) untuk mengurangkan suhu sehingga 17°C bagi memastikan prestasi kekal optimum walaupun dalam permainan berat. Siri ROG Phone 9 menjalankan antara muka ROG UI berdasarkan Android 15 dan ASUS memberi jaminan dua kemas kini OS utama dan empat tahun kemas kini keselamatan.

    ROG Phone 9 mempunyai tiga kamera utama termasuk sensor 50MP Sony LYTIA 700 dengan penstabilan gimbal 6-paksi. Kamera ini dilengkapi dengan 13MP ultra lebar dan 5MP makro. Model ROG Phone 9 Pro pula menggantikan lensa makro dengan kamera telefoto 32MP 3x yang dilengkapi OIS untuk imej yang lebih jelas. Kedua-dua model memiliki kamera swafoto 32MP.

    Siri ini menampilkan bateri 5,800mAh yang menyokong pengecasan pantas 65W HyperCharge, pengecasan wayarles 15W Qi serta serasi dengan teknologi Quick Charge 5.0 dan Power Delivery. Ciri lain termasuk sokongan 5G SA/NSA, Wi-Fi 7, Bluetooth 5.4, pengimbas cap jari dalam paparan serta penarafan kalis air dan debu IP68. Bicu audio 3.5mm dan pembesar suara stereo turut dikekalkan.

    ROG Phone 9 tersedia dalam warna Storm White dan Phantom Black dengan harga bermula dari $999.99 (~RM4,467) untuk varian 12/256GB manakala varian 12/512GB pula berharga $1,149 (~RM5,133). ROG Phone 9 Pro yang hanya hadir dalam warna Phantom Black dijual pada harga $1,199.99 (~RM5,361) untuk varian 16/512GB.

    "
    "

    Versi premium ROG Phone 9 Pro Edition dengan RAM 24GB dan storan 1TB bersama AeroActive Cooler X Pro dijual pada $1,499.99 (~RM6,700). ASUS Malaysia tidak mendedahkan tarikh siri ini akan diperkenalkan untuk pasaran tempatan tetapi mengacah bahawa ia akan tiba tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikan kemunculan pewaris takhta bagi Raja Gaming Phone.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan salah satu telefon dalam siri ASUS ROG Phone 9 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...