More

    ASUS ROG Strix G15, G17 dan ROG Zephyrus G14 rasmi di Malaysia: Siri GPU RTX 3000 bermula RM5,999

    Terkini, ASUS ROG telah melancarkan barisan komputer riba gaming baharu di pasaran Malaysia. Selain ASUS TUF Dash F15, ASUS turut mengumumkan kehadiran ASUS ROG Strix G15, ROG Strix G17 dan ROG Zephyrus G14.

    Model ASUS ROG Strix G15 kali ini adalah G513Q-MHN266T, berbeza dengan model ROG Strix G15 yang dilancar pada Februari lalu. Model baharu ini hadir dengan pemproses yang lebih tinggi iaitu AMD R9-5900H. Ia juga hadir dengan RAM DDR4 8GB 2x, SSD M.2 NVMe PCIe 3.0 512GB, GPU VRAM RTX 3060 6GB dan paparan 15.6 inci FHD IPS bersama Adaptive Sync.

    ASUS ROG Strix G17 (G713Q-MHX132T) turut memiliki spesifikasi lebih kurang sama, tetapi dengan storan lebih besar (1TB) dan panelnya berukuran 17.3 inci.

    Akhir sekali, ASUS ROG Zephyrus G14 (2021) hadir dengan ciri AniMe Matrix. Spesifikasinya agak sama dengan Strix G17, tetapi ia dikuasai oleh pemproses AMD R9-5900HS, RAM DDR4 8GB 2x, SSD M.2 NVMe PCIe 3.0 1TB dan GPU VRAM RTX 3060 6GB. Seperti generasi terdahulu, paparan IPS hanya 14 inci, tetapi disokong oleh ciri Pantone Validated dengan Adaptive Sync, bersama resolusi WQHD, kadar segar semula 120Hz dan DCI-P3 100%. Terdapat dua pilihan warna iaitu Moonlight White (GA401Q-MK2237TS) dan Eclipse Gray (GA401Q-MK2164TS).

    Harga komputer riba adalah seperti di bawah. Anda boleh menyemak spesifikasinya melalui kami atau melalui laman ASUS di pautan biru pada nama komputer riba di bawah.

    Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured