fbpx
More

    Bagaimana Samsung Galaxy A akan berikan prestasi pantas dan bateri tahan lama untuk kegunaan harian!

    Selain daripada harganya yang mempunyai pilihan mengikut bajet, siri Samsung Galaxy A33 5G, A53 5G dan A73 5G juga menawarkan prestasi pantas untuk kegunaan harian serta bateri besar yang boleh tahan lama dengan sekali pengecasan sahaja.

    Pertamanya, Samsung telah membekalkan spesifikasi yang penting dalam peranti terbaharunya dengan unit pengembangan RAM maya. Dengan penambahan RAM maya sebanyak 8GB, keseluruhan jumlah RAM yang boleh dihasilkan oleh peranti ini ialah sebanyak 16GB.

    Oleh itu, Galaxy A53 5G mempunyai prestasi CPU 6% lebih pantas, prestasi GPU 33% lebih pantas dan prestasi AI 43% lebih pantas berbanding Galaxy A52. Penambahan RAM maya ini mampu membenarkan pengguna untuk membuka lebih banyak aplikasi secara serentak dan memudahkan anda untuk menyelesaikan tugasan.

    Tetapi, mungkin ada dalam kalangan anda yang mempersoalkan tentang ketahanan bateri telefon ini jika membuka banyak aplikasi secara serentak. Jangan risau kerana ia juga dilengkapi kapasiti bateri yang cukup besar iaitu dengan kuasa 5,000mAh yang mampu bertahan sehingga dua hari dengan sekali pengecasan.

    Samsung Galaxy A73 5G dan Galaxy A53 5G hadir dengan pengecasan pantas 25W manakala Galaxy A33 5G menggunakan pengecasan 15W. Samsung mengatakan bahawa siri Galaxy A memerlukan 30 minit sahaja untuk pengecasan 50%.

    Seterusnya, terdapat ciri Adaptive Power Saving di mana ia berfungsi sebagai mod penjimatan bateri. Apabila kuasa bateri telefon berada pada kadar 50% dan ke bawah, secara automatik ia akan masuk ke mod Adaptive Power Saving untuk penjimatan bateri yang optimum.

    Salah satu fungsi istimewa yang terdapat pada siri Samsung Galaxy A ialah AI Power Management. Kita semua mempunyai aplikasi pada telefon yang hanya kadang-kadang kita gunakan tetapi tidak mahu memadamkannya. Walaupun tidak digunakan, aplikasi ini masih akan beroperasi pada latar yang mengurangkan hayat bateri.

    Pengurusan Kuasa AI Samsung akan mengenal pasti aplikasi yang jarang digunakan dan meletakkannya dalam mod tidak aktif. Dengan hayat bateri yang dijimatkan, anda boleh menggunakan aplikasi kegemaran anda dengan lebih lama.

    Jika anda perlu menggunakan aplikasi tidur, cuma klik padanya dan peranti siri Galaxy A anda akan membuka aplikasi seperti biasa. Samsung juga memudahkan pengguna mengakses dan menetapkan senarai aplikasi yang telah diletakkan di bawah Device Care.

    Dengan bateri berkapasiti 5,000mAh serta ciri penjimatan kuasa pintar seperti Penjimatan Kuasa Adaptif dan Pengurusan Kuasa AI, anda dapat menikmati penggunaan semua ciri dan aplikasi yang dimuatkan ke dalam peranti siri Galaxy A anda lebih lama. Tambahan, keupayaan pengecasan pantas siri Galaxy A bermakna anda tidak perlu menunggu lama untuk menggunakan telefon anda semula.

    Jika anda tidak sabar untuk memiliki salah sebuah telefon daripada siri Galaxy A, Galaxy A53 5G kini tersedia untuk pembelian dan dilengkapi dengan sarung pelindung berdiri percuma bernilai RM99 dari 1 April hingga 31 Mei 2022. Selain itu, setiap pembelian Samsung Galaxy A73 5G anda bakal menerima Camera Filter Mount bernilai RM169 secara percuma.

    Setiap pembelian Samsung Galaxy A33 5G pula akan menerima sarung slot kad bernilai RM59 secara percuma. Untuk jaminan keselamatan, dapatkan diskaun 20% untuk Samsung Care+ bagi pelan kemalangan sama ada kerosakan atau kemasukan cecair dalam peranti sehingga 2 tahun apabila anda membeli Galaxy A73 5G, Galaxy A53 5G dan Galaxy A33 5G baharu.

    Nikmati penjimatan hebat dengan promosi Pembelian dengan Pembelian (PWP) apabila anda menukar ganti peranti anda dan layak untuk menerima rebat tambahan sehingga RM150 ditambah kepada nilai tukar beli asas.

    Untuk maklumat lanjut tentang siri Galaxy A baharu, anda boleh layari Samsung E-Store, kedai rasmi Samsung atau penjual sah Samsung. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri Samsung Galaxy A dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Google membayar Apple ~RM95 bilion pada 2022 kerana jadi enjin carian utama peranti

    Google membayar Apple $20 bilion (~RM95 bilion) pada 2022 untuk menjadi enjin carian utama bagi Safari pada iPhone, iPad dan Mac, lapor...

    Acer Nitro V 16 dilancar di Malaysia: Komputer riba “gaming” mampu milik bermula RM4,899

    Pada hari ini, Acer Malaysia memperkenalkan komputer riba gaming mampu milik Acer Nitro V 16 iaitu komputer Nitro pertama yang dilengkapi pemproses...

    realme 12x 5G dilancar di Malaysia: Skrin 6.67″ 120Hz, Dimensity 6100+, kamera utama 50MP...

    Pada hari ini, realme Malaysia melancarkan satu lagi telefon dalam siri realme 12 iaitu realme 12x 5G. Ia merupakan varian yang paling...

    vivo V30e dilancar di Malaysia: Kamera Sony IMX882 50MP dan Aura Light 3.0 berharga...

    vivo memperkenalkan inovasi terbarunya, vivo V30e di Malaysia hari ini, menjanjikan gabungan reka bentuk berteknologi tinggi dan prestasi terunggul. Reka bentuknya menampilkan...

    Infinix GT 20 Pro rasmi di Malaysia: Dimensity 8200 Ultimate, skrin 144Hz dan LED...

    Infinix melancarkan GT 10 Pro pada Ogos tahun lepas sebagai telefon pintar permainan pertamanya. Hari ini, sebagai pengganti GT 10 Pro, Infinix...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X