More

    Bank kuasa dah rosak? Ini senarai tempat kitar semula selamat di Malaysia

    Kebanyakan peranti elektronik moden masa kini dikuasakan oleh bateri termasuk telefon pintar, tablet, komputer riba dan juga bank kuasa (power bank). Malah, ada juga orang yang menyimpan beberapa bank kuasa sebagai sumber tenaga kecemasan untuk pelbagai gajet yang mereka gunakan. Tapi apa akan jadi bila power bank atau bateri itu sudah tak boleh digunakan lagi?

    Satu perkara penting ialah anda tidak boleh buang begitu saja ke dalam tong sampah biasa. Ini kerana bateri tidak boleh terurai secara semula jadi dan bank kuasa pula boleh meletup atau terbakar jika tidak dilupuskan dengan betul. Jadi, berikut beberapa cara pelupusan bank kuasa yang boleh anda pertimbangkan di Malaysia.

    ERTH (Electronic Recycling Through Heroes)

    Kalau anda mahukan perkhidmatan kitar semula yang dipercayai dan berkualiti, ERTH boleh jadi pilihan terbaik. ERTH ialah pusat kutipan e-sisa (e-waste) yang diiktiraf oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan bekerjasama dengan pusat kitar semula berlesen tempatan untuk mengitar semula pelbagai jenis barangan elektronik.

    Menurut laman rasminya, ERTH menawarkan beberapa kelebihan:

    • Kutipan percuma untuk barangan kecil seperti telefon pintar atau power bank (minimum 3 item kecil).
    • Ganjaran tunai untuk e-sisa yang dikitar semula.

    Menariknya, anda juga boleh mengumpulkan e-sisa dalam kotak kutipan ERTH dan mendapat ganjaran bermula dari RM500. Pembayaran dibuat serta-merta melalui DuitNow (atau cek bagi jumlah besar) yang menjadikannya cepat dan mudah.

    IPC Recycling & Buy Back Centre (RBBC)

    Pilihan lain ialah IPC RBBC yang terletak di Pusat Membeli-Belah IPC, Damansara. Walaupun tiada ganjaran tunai seperti ERTH, IPC RBBC tetap menerima e-sisa untuk dikitar semula dan kelebihannya adalah kemudahan lokasi bagi mereka yang tinggal di sekitar Selangor.

    Menurut syarat yang disenaraikan, IPC RBBC menerima barangan elektrik kecil seperti telefon, komputer riba dan tablet. Jadi, bank kuasa juga termasuk dalam kategori ini kerana ia menggunakan bateri lithium-ion.

    Karun Hijau Recycling

    Satu lagi pilihan ialah Karun Hijau Recycling yang beroperasi di Bangsar. Melalui perkhidmatan Pay2Pick, pelanggan boleh membayar syarikat ini untuk mengurus, memindah dan membersihkan barangan kitar semula daripada kecil hingga besar. Ini termasuklah bank kuasa dan peranti seperti desktop.

    "
    "

    Walaupun bank kuasa tidak disenaraikan secara khusus di laman web mereka, Karun Hijau menerima pelbagai barangan seperti peralatan rumah, komponen komputer dan e-sisa am untuk digunakan semula, dibaik pulih atau dikitar semula. Anda boleh hubungi mereka melalui laman web untuk kepastian.

    UrbanR Recycle+

    Untuk pengguna individu atau isi rumah, UrbanR Recycle+ menawarkan cara mudah untuk mengurus sisa standard dan e-sisa. Anda hanya perlu ambil gambar item atau kotak yang mahu dilupuskan dan pihak mereka akan datang mengambilnya. Perkhidmatan ini menerima pelbagai barangan seperti komputer riba, PC, bateri, bank kuasa, novel, CD dan banyak lagi.

    UrbanR Recycle+ sesuai untuk mereka yang sedang berpindah rumah kerana syarikat ini boleh membantu mengurus barangan yang tidak mahu dibawa ke tempat baru. Mereka juga boleh membaik pulih, guna semula atau kitar semula item tersebut mengikut keadaan.

    Program Kitar Semula e-Sisa Senheng

    Senheng sudah lama menjalankan program kitar semula e-sisa sejak tahun 2013. Anda boleh bawa barangan elektronik lama atau rosak ke mana-mana cawangan Senheng atau SenQ untuk dikitar semula. Mereka juga boleh membantu mengambil barangan besar di rumah anda.

    Lebih menarik, Senheng turut memberi baucar tunai sebagai ganjaran. Walaupun tiada senarai rasmi di laman web, sumber lain mengesahkan mereka menerima telefon, tablet, pemain CD dan lain-lain. Jadi besar kemungkinan bank kuasa juga diterima.

    Pilihan lain di Lembah Klang

    Selain itu, banyak pusat beli-belah dan organisasi turut menyediakan tong kutipan e-sisa. Anda boleh bawa bateri atau power bank anda ke lokasi seperti:

    • 1 Utama Shopping Mall
    • IKEA Damansara
    • Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
    • Eco-Shop
    • Minimize Zero Waste Store dan lain-lain.

    Mungkin anda takkan jadi “jutawan e-sisa” tetapi sekurang-kurangnya anda buat perkara yang betul dan elak risiko bank kuasa lama anda meletup semasa tersimpan di rumah. Kerajaan Malaysia juga mempunyai Pusat Kitar Semula dan Pusat Kitar Semula Komuniti untuk mengurus sisa termasuk e-sisa.

    Walaupun bank kuasa tidak disebut secara khusus, pusat ini menerima komputer riba, jadi besar kemungkinan ia juga menerima bank kuasa juga. Sesetengah pusat turut memberi kredit Touch ‘n Go bergantung pada jenis barangan yang dihantar.

    Kesimpulan

    Kenapa perlu dikitar semula? Kerana bateri yang tidak digunakan boleh menjadi bahaya keselamatan dari masa ke masa. Kami pernah jelaskan dalam artikel sebelum ini tentang sebab penggunaan bank kuasa dilarang dalam pesawat termasuk beberapa tip keselamatan dan cadangan bank kuasa yang selamat digunakan.

    Secara ringkasnya, jangan simpan barangan yang tidak digunakan, kitar semula! Anda mungkin ada telefon, TV, monitor atau bank kuasa lama yang hanya mengumpul habuk di rumah. Mengitar semula bukan sahaja membantu alam sekitar, malah ada tempat yang membayar anda untuk berbuat demikian.

    Jadi, kalau anda sedar ada bank kuasa lama tersorok dalam laci, lebih baik hantar untuk dikitar semula sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku. Beritahu pendapat anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    [Diterjemahkan daripada TechNave]

     

    Artikel Terkini

    Nak iPhone paling “rare”? Caviar jual panel belakang dengan fosil T-Rex berharga RM19,000

    Caviar mengumumkan koleksi aksesori terbaharu untuk pengguna Apple menerusi siri Genesis iaitu panel belakang magnetik premium yang direka khas untuk iPhone 17...

    HONOR X80 Pro Max bakal tiba sebagai telefon pertama dunia dengan paparan 10,000 nits

    HONOR kini mengesahkan beberapa ciri utama untuk HONOR X80 Pro Max menjelang pelancaran rasmi pada 22 Jun ini. Paling mencuri perhatian, peranti...

    Era iPhone murah dah habis? Apple akui kenaikan harga sukar dielak

    Apple mungkin akan menaikkan harga beberapa produknya pada masa akan datang selepas Ketua Pegawai Eksekutif, Tim Cook, mengakui bahawa kenaikan harga kini...

    TikTok Shop kurangkan kadar komisen untuk beberapa kategori bermula 20 Jun ini

    TikTok mengumumkan pengurangan kadar komisen untuk beberapa kategori produk di platform TikTok Shop dengan perubahan tersebut dijadual berkuat kuasa mulai 20 Jun...

    WhatsApp kini sedang uji mesej teks “View Once” pada iPhone

    WhatsApp dilaporkan mula menguji ciri baharu View Once untuk mesej teks di iOS. Seperti namanya, ciri ini membolehkan mesej dihantar dan hanya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...