More

    Beberapa pengguna iPhone 15 Pro Max laporkan skrin tinggalkan imej ‘hantu’

    Pelancaran iPhone 15 membawa pelbagai masalah dan salah satunya adalah mengenai pengekalan imej atau ‘burn-in‘ pada salah satu model. Burn-in merupakan masalah yang dikaitkan dengan panel OLED di mana kandungan skrin statik boleh meninggalkan imej samar-samar. Walaupun panel OLED baru-baru ini telah mengurangkan risiko ini, ia berlaku pada iPhone 15 Pro Max seperti yang dilaporkan pengguna.

    Laporan mengenai imej samar-samar ini telah muncul di platform seperti Reddit, X (dahulunya Twitter) dan forum komuniti rasmi Apple. Setakat ini, isu itu nampaknya memberi kesan terutamanya kepada iPhone 15 Pro Max.

    Pengguna yang mengalami masalah ini telah melaporkan bahawa Apple menggantikan unit mereka secara percuma dan menasihati orang lain untuk menghubungi Apple melalui laman web atau kedai tempatan mereka untuk diganti. Setakat ini, Apple belum mengakui masalah itu secara rasmi dan dijangka boleh ditangani dengan cepat.

    Beri pendapat anda di Facebook  dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Techradar

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...