More

    Belanjawan 2027: Kerajaan dan Grab sediakan RM160 juta untuk pekerja e-hailing dan p-hailing

    Kerajaan mengumumkan pakej bantuan khas bernilai RM160 juta yang dibiayai bersama Grab bagi meningkatkan pendapatan bersih dan kebajikan pekerja e-hailing dan p-hailing bermula 2027. Pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semasa pembentangan Belanjawan 2027 di Parlimen.

    Pakej berkenaan merangkumi pelaksanaan peningkatan gaji minimum pekerja gig, bantuan kos penyelenggaraan kenderaan dan insurans serta caruman Perkeso. Matlamatnya adalah menyasarkan kenaikan pendapatan bersih purata purata sebanyak RM227 sebulan bagi pemandu e-hailing dan RM100 sebulan bagi penghantar p-hailing.

    Melalui inisiatif ini, kerajaan bersetuju menawarkan padanan caruman Perkeso sebanyak 35 peratus. Kadar insentif padanan berkenaan akan ditingkatkan kepada 50 peratus sekiranya platform perkhidmatan turut memberi caruman untuk pekerja mereka. Bagi menggalakkan tabungan persaraan, kerajaan juga menawarkan caruman padanan KWSP sehingga RM600 setahun dengan had maksimum RM6,000 sepanjang hayat untuk setiap pekerja gig yang layak.

    Dalam masa sama, Majlis Perundingan Gig kini berada dalam fasa konsultasi untuk menetapkan kadar gaji minimum, formula pendapatan dan standard minimum perlindungan sosial yang dijadualkan selesai pada awal 2027. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Belanjawan 2027: Rakyat Digital tawar 100,000 langganan AI percuma tahun depan

    Inisiatif Rakyat Digital akan diteruskan pada 2027 dengan penyediaan 100,000 langganan perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) percuma. Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk...

    Belanjawan 2027: Kerajaan dan Grab sediakan RM160 juta untuk pekerja e-hailing dan p-hailing

    Kerajaan mengumumkan pakej bantuan khas bernilai RM160 juta yang dibiayai bersama Grab bagi meningkatkan pendapatan bersih dan kebajikan pekerja e-hailing dan p-hailing...

    Infinix SMART 20e rasmi di Malaysia dengan skrin 120Hz, kalis IP64 bermula RM499

    Infinix melancarkan peranti kelas permulaan baharu iaitu Infinix SMART 20e untuk pasaran Malaysia. Peranti memfokuskan kepada penggunaan harian dan hiburan pada julat...

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured