More

    Bermula April 2023, anda boleh guna CIMB Clicks App dalam 1 peranti sahaja

    Bermula bulan April ini, para pengguna aplikasi perbankan CIMB Clicks hanya boleh menggunakannya dalam sebuah peranti yang berdaftar sahaja. Jika seorang pengguna memiliki lebih daripada satu peranti yang dipautkan pada CIMB Clicks, beliau perlu memilih sebuah peranti sahaja dan menyahaktifkan (deactivate) maklumat CIMB Clicks dalam peranti yang lain.

    Untuk menyahaktifkan peranti lain, anda perlu daftar masuk ke aplikasi CIMB Clicks menggunakan peranti yang ingin dijadikan sebagai peranti utama untuknya, kemudian ikuti langkah-langkah yang dipapar pada skrin untuk menyahaktif peranti lain. Apabil peranti-peranti lain telah dinyahaktifkan, anda akan menerima notifikasi.

    Jika anda bertukar kepada peranti baharu pada masa hadapan, anda perlu melakukan perkara yang sama untuk peranti tersebut dan menyahaktifkan CIMB Clicks dalam peranti sebelumnya.

    Langkah ini adalah sebahagian daripada tindakan keselamatan yang diwajibkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) terhadap semua bank di Malaysia, bagi membendung jenayah scam yang semakin meningkat. Pelbagai bank tempatan sudah pun memulakan inisiatif serupa dalam aplikasi mereka.

    Selain mengehadkan penggunaan bank dalam talian dalam peranti sahaja, BNM turut menggalakkan bank untuk mengabaikan sistem kata laluan sekali sahaja (one-time password, OTP) untuk pengesahan transaksi serta menetapkan tempoh bertenang untuk pendaftaran perbankan dalam talian atau peranti selamat buat kali pertama.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: CIMB Clicks

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured