More

    Black Shark 4 mungkin dilengkapi skrin dengan kadar 720Hz, butang bucu bermotor

    Telefon pintar gaming Black Shark 4 bakal dilancar pada 23 Mac dan beberapa spesifikasi utama telefon itu telah pun didedahkan. Kini, seorang pengkhabar berita telefon pintar di Weibo telah mendedahkan lebih banyak maklumat tentang peranti itu, termasuklah skrin dengan kadar bacaan sentuhan (touch sampling rate) 720Hz.

    Menurut Digital Chat Station, Black Shark 4 akan dilengkapi paparan OLED Samsung E4 dengan kadar segar semula (refresh rate) 144Hz, kadar bacaan sentuhan multi-sentuh 720Hz, lubang punch hole berukuran 2.76mm, bateri 4,500mAh dan pengecasan 120W. Jika maklumat ini benar, Black Shark 4 bakal menjadi telefon pertama dengan skrin yang menyokong kadar bacaan sentuhan sepantas 720Hz. Untuk maklumat lanjut tentang kadar bacaan sentuhan dan perbezaannya dengan kadar segar semula, baca artikel ini.

    Beliau juga mengatakan Black Shark 4 akan dilengkapi cipset Snapdragon 870. Menurutnya, siri Black Shark 4 akan terdiri daripada dua varian utama iaitu Black Shark 4 yang dilengkapi Snapdragon 870 dan Black Shark 4 Pro yang dilengkapi cipset Snapdragon 888.

    Selain itu, CEO Xiaomi Lei Jun mendedahkan di Weibo bahawa Black Shark 4 akan dilengkapi butang fizikal bermotor di bahagian bucu telefon yang hanya akan ditimbulkan daripada badan telefon sewaktu bermain game. Ini adalah berlainan dengan butang bucu dalam telefon gaming lain yang biasanya berfungsi dengan sensor sentuh ultrasonik sahaja dan bukannya mekanikal.

    Beberapa spesifikasi yang dimaklumkan oleh Digital Chat Station telah pun disahkan oleh Black Shark, namun kita perlu tunggu pada Selasa ini untuk mengetahui sama ada maklumatnya tepat. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...