More

    Black Shark 4 rasmi di Malaysia : Skrin AMOLED 144Hz, cas pantas 120W, harga bermula RM2,299

    Terbaru, telefon gaming Black Shark 4 telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan tanda harga serendah RM2,299 untuk RAM 8GB dan storan 128GB. Manakala untuk RAM 12GB dan storan 256GB, ia dijual dengan harga RM2,799.

    Jika anda berminat dengan peranti gaming ini, anda boleh mendapatkannya semasa pra-jualan yang berlangsung dari 28 April sehingga 4 April di laman web jualan Black Shark di Shopee.

    Bukan itu sahaja, jika anda membeli dalam tempoh pra-jualan ini, anda akan dapat beberapa hadiah percuma yang bernilai lebih dari RM500. Antaranya adalah pelindung skrin kaca, 1-tahun jaminan perlindungan skrin , sarung telefon, pad tetikus jenama Black Shark, topeng muka dan kotak Mobile Legend Esport.

    Dari segi spesifikasi, Black Shark 4 dilengkapi dengan cipset Snapdragon 870, skrin 6.67 inci AMOLED 144Hz, kadar bacaan sentuhan 720Hz dan bateri 4,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 120W. (Pengecasan penuh mengambil masa selama 15 minit sahaja!) Untuk kamera, ia hadir dengan kamera utama 48MP, kamera ultra lebar 8MP dan kamera makro 5MP. Pada bahagian depan, ia menggunakan kamera swafoto 20MP.

    Black Shark 4 juga masih mengekalkan pembesar suara stereo, bicu audio 3.5mm dan hadir dengan antara muka Joy UI 12.5 atas Android 11.

    Yang menarik, peranti gaming ini mempunyai ciri penyejukan baru yang diberi nama “Sandwich” Liquid Cooling 2.0. Ia dapat mengekalkan suhu yang rendah terutamanya sewaktu sesi bermain game. Selain dari itu, Black Shark 4 juga hadir dengan butang khas pop-up di bahu yang dapat menambahkan lagi keseronokan bermain game.

    Adakah anda bakal membeli peranti ini? Beritahu kami di Facebook dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured