More

    BNM: Setiap rakyat Malaysia membuat 291 transaksi e-pembayaran secara purata pada 2022

    Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan beberapa statistik yang menarik berkenaan penggunaan transaksi e-bayaran sepanjang tahun 2022. Dalam sebuah ucapan oleh Penolong Gabenor BNM, Abdul Rahman Abu Bakar, beliau berkata Malaysia mencatatkan lebih 9.5 bilion transaksi e-pembayaran pada 2022, iaitu lebih tinggi berbanding 7.2 bilion pada 2021.

    Ini bermaksud secara purata, setiap rakyat Malaysia melaksanakan sekitar 291 transksi e-pembayaran sepanjang 2022. Dengan peningkatan jumlah perniagaan yang mengutamakan e-pembayaran, jumlah tersebut dijangka akan meningkat lagi pada 2023.

    Dalam tempoh tiga bulan pertama pada 2023 sahaja, BNM menyaksikan 100,000 pendaftaran kod QR, manakala jumlah keseluruhan penerimaan kod QR setakat suku pertama 2023 sudah mencapai lebih tujuh juta pendaftaran. Beliau berharap pertumbuhan e-pembayaran ini boleh diteruskan bagi membantu para peniaga mikro dan kecil.

    Beliau turut memberi jaminan tentang fi transaksi DuitNow QR yang menjadi isu hangat baru-baru ini, di mana bank-bank utama dan beberapa perkhidmatan kewangan bukan bank akan terus mengecualikan fi transaksi DuitNow QR ke atas perniagaan mikro dan kecil bagi memudahkan mereka.

    Beliau menegaskan bahawa matlamat BNM dan institusi sektor kewangan negara adalah untuk memastikan kemudahan e-pembayaran boleh dinikmati oleh semua lapisan masyarakat, tidak kira di bandar atau luar bandar, secara selamat dan mudah.

    Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa tahap celik kewangan digital dalam kalangan rakyat Malaysia masih berada pada tahap rendah, di mana lebih satu pertiga daripada para pengguna telah berkongsi kata laluan atau nombor PIN akaun bank kepada kawan rapat. Golongan belia juga mudah terdedah dengan risiko untuk ditipu dalam sebuah scam.

    Bagi menangani masalah ini, institusi perbankan diminta untuk melaksanakan langkah-langkah tambahan bagi menangani penipuan kewangan. Rakyat juga boleh hubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan di talian 997 untuk laporkan sebarang kes penipuan kewangan.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "

    Sumber: BNM

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...