More

    BYD Atto 2 dilancar di Malaysia: Perbatuan sehingga 410 km, 0-100 km/j dalam 7.2 saat berharga RM100k

    Selepas beberapa siri acahan awal, BYD akhirnya melancarkan model SUV elektrik kompak segmen B terbaharu dengan Atto 2 secara rasmi dalam pasaran Malaysia. Tidak seperti di China yang ditawarkan dalam dua varian, Malaysia hanya menerima satu varian, namun dengan spesifikasi yang lebih berkuasa.

    Daripada segi reka bentuk, Atto 2 tampil moden dan sporty dengan lampu utama LED nipis, jalur DRL (daytime running light) yang garang serta kemasan hitam berkilat yang menyerlahkan gaya agresifnya. Bahagian belakang pula menampilkan lampu LED melintang penuh bersama corak Infinity Ring yang unik. Ia turut dilengkapi dengan rim aloi 17 inci.

    Ruang dalaman kabin Atto 2 menawarkan suasana moden berteknologi tinggi. Antara ciri utama termasuk:

    • Skrin infotainmen boleh putar bersaiz 12.8 inci
    • Paparan digital kluster meter 8.8 inci
    • Apple CarPlay dan Android Auto wayarles
    • Kerusi kulit sintetik dengan fungsi pengudaraan untuk tempat duduk depan
    • Pengecasan wayarles, arahan suara dan ruang kaki serta kepala yang luas

    Atto 2 dikuasakan oleh satu motor elektrik dengan output 130 kW (174 hp) dan 290 Nm tork membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam 7.2 saat. Malaysia juga menerima pakej bateri lebih besar iaitu bateri BYD Blade 51.13 kWh dengan jarak gerak sehingga 410 km (NEDC). Ia menyokong pengecas pantas DC 82 kW yang boleh mengecas dari 10% ke 80% dalam hanya 37 minit manakala pengecas AC pula menyokong sehingga 7 kW.

    Ia turut menyediakan empat mod pemanduan iaitu Eco, Normal, Sport dan Snow. Harga rasmi Atto 2 adalah RM100,000 dan didatangkan dengan pelbagai aksesori percuma seperti pengecas V2L (vehicle-to-load) dengan kuasa sehingga 3.3 kW dan kabel pengecas Type 2 dengan palam 3-pin. Pembeli juga akan menerima:

    • Waranti kenderaan 6 tahun/160,000 km
    • Waranti bateri 8 tahun/160,000 km
    • Waranti unit pemacu 8 tahun/150,000 km

    Untuk 800 pembeli terawal, BYD menawarkan Easy Ownership Package bernilai RM13,500 yang merangkumi bayaran ansuran RM0 untuk 6 bulan pertama, pengecas dinding percuma untuk pemilik rumah bertanah dan langganan Sime Platinum 4+ selama 12 bulan untuk penduduk kediaman bertingkat. Tawaran lain termasuk:

    • 4x servis pengecasan mudah alih ke pintu setiap bulan
    • 2x cucian kereta, vakum dan rawatan tayar setiap bulan
    • 2x servis penyelamatan EV secara percuma setahun

    BYD Atto 2 dilihat berpotensi menjadi pilihan utama SUV elektrik mampu milik di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan EV terbaharu daripada BYD dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Belanjawan 2027: Rakyat Digital tawar 100,000 langganan AI percuma tahun depan

    Inisiatif Rakyat Digital akan diteruskan pada 2027 dengan penyediaan 100,000 langganan perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) percuma. Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk...

    Belanjawan 2027: Kerajaan dan Grab sediakan RM160 juta untuk pekerja e-hailing dan p-hailing

    Kerajaan mengumumkan pakej bantuan khas bernilai RM160 juta yang dibiayai bersama Grab bagi meningkatkan pendapatan bersih dan kebajikan pekerja e-hailing dan p-hailing...

    Infinix SMART 20e rasmi di Malaysia dengan skrin 120Hz, kalis IP64 bermula RM499

    Infinix melancarkan peranti kelas permulaan baharu iaitu Infinix SMART 20e untuk pasaran Malaysia. Peranti memfokuskan kepada penggunaan harian dan hiburan pada julat...

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured