More

    Canon ingin bekerjasama dengan pembuat telefon pintar

    Kebelakangan ini, kita sering melihat banyak kerjasama antara pengeluar telefon pintar dan pengeluar kamera. Menurut sumber, jenama kamera terkenal Canon sedang mencari rakan kongsi untuk bekerjasama dalam pembuatan telefon pintar.

    Jika dilihat pada trend semasa, banyak pengeluar telefon telah bekerjasama dengan syarikat berasaskan kamera seperti OPPO/OnePlus-Hasselblad, vivo-Zeiss dan Xiaomi-Leica. Hanya Apple, Samsung, HUAWEI, Asus, Google, realme, HONOR, Sony dan Motorola sahaja yang masih belum melakukan kerjsama dengan syarikat kamera.

    Walau bagaimanapun, Apple, Samsung dan Google bukanlah sebuah syarikat yang akan meneruskan kerjasama sedemikian kerana mereka mempunyai perkakasan yang mantap berbanding pengeluar lain.

    Memandangkan pemberi maklumat ini beroperasi di China dan khabar angin ini mungkin datang dari sana, ia boleh menjadi syarikat yang berpangkalan di China seperti realme, HONOR atau HUAWEI. Nantikan kenyataan rasmi daripada Canon mengenai khabar angin ini.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Weibo

     

    Artikel Terkini

    Google jenama semula NotebookLM kepada Gemini Notebook

    Google secara rasmi menukar nama perkhidmatan NotebookLM kepada Gemini Notebook. Langkah ini dibuat susulan perkembangan pesat perkhidmatan tersebut yang kini digunakan oleh...

    OpenAI lancar Codex Micro — Pad kekunci fizikal untuk kawal ejen AI

    OpenAI secara rasminya melangkah ke pasaran perkakasan dengan pengenalan Codex Micro iaitu sebuah pad kekunci makro boleh atur cara. Peranti ini dibangunkan...

    Samsung kini pra-pasang Amazon Music pada jutaan peranti Galaxy

    Samsung secara rasmi mengumumkan kerjasama strategik bersama Amazon Music bagi membawa aplikasi berkenaan ke dalam ekosistem Galaxy. Melalui langkah ini, aplikasi Amazon...

    Siri Redmi Note 17 dilancar dengan bateri sehingga 9,000mAh dan ketahanan “flagship” bermula ~RM782

    Xiaomi secara rasmi memperkenalkan siri Redmi Note 17 untuk pasaran China yang memfokuskan kepada peningkatan kapasiti bateri berbanding model terdahulu. Redmi Note...

    Spotify ada AI sendiri? Kini boleh sembang dan minta lagu guna suara

    Spotify secara rasmi memperkenalkan ciri Talk to Spotify yang membolehkan pengguna berinteraksi dengan aplikasi melalui perbualan dua hala. Ia kini ditawarkan dalam...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured