More

    Canon Malaysia lancar projektor kecil MP250: Pancar imej 93 inci dari jarak 3 meter, berharga RM2,199

    Canon Malaysia hari ini melancarkan sebuah projektor wayarles bersaiz kecil MP250 yang boleh menyiarkan imej sebesar 93 inci dari jarak hanya 3 meter. Projektor ini boleh dihubungkan dengan peranti Android melalui port HDMI, USB-A atau Bluetooth dan mencerminkan (mirroring) imej yang dipaparkan dalam peranti yang dihubungkan.

    Projektor MP250 boleh menyokong input video 4K, pembetulan keystone menegak dan putaran imej automatik (automatic image rotation). Selain disambungkan melalui telefon atau tablet, projektor ini dilengkapi pelayar web yang boleh menayangkan sendiri video-video dalam Internet. Projektor ini juga mempunyai memori dalaman 4GB untuk menyimpan video, gambar atau dokumen PDF, Word dan PowerPoint.

    Bagi mengawal tetapan projektor ini, ia dilengkapi sebuah pad sentuh dan papan kekunci maya untuk kawalan mudah. Jika pengguna masih inginkan kawalan dengan tetikus dan papan kekunci fizikal, ia masih boleh digunakan melalui hubungan USB. Projektor seberat 407 gram ini dilengkapi bateri yang boleh menayangkan video sehingga dua jam.

    Projektor Canon MP250 akan mula dijual pada bulan September 2020 berharga RM2,199. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Belanjawan 2027: Rakyat Digital tawar 100,000 langganan AI percuma tahun depan

    Inisiatif Rakyat Digital akan diteruskan pada 2027 dengan penyediaan 100,000 langganan perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) percuma. Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk...

    Belanjawan 2027: Kerajaan dan Grab sediakan RM160 juta untuk pekerja e-hailing dan p-hailing

    Kerajaan mengumumkan pakej bantuan khas bernilai RM160 juta yang dibiayai bersama Grab bagi meningkatkan pendapatan bersih dan kebajikan pekerja e-hailing dan p-hailing...

    Infinix SMART 20e rasmi di Malaysia dengan skrin 120Hz, kalis IP64 bermula RM499

    Infinix melancarkan peranti kelas permulaan baharu iaitu Infinix SMART 20e untuk pasaran Malaysia. Peranti memfokuskan kepada penggunaan harian dan hiburan pada julat...

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured