More

    Canon memperkenalkan EOS-1D X Mark III untuk prestasi gambar dan video yang hebat

    Canon memperkenalkan EOS-1D X Mark III, yang dihasilkan untuk memenuhi permintaan dan keperluan golongan profesional yang memerlukan hasil terbaik dari alatan mereka. Dengan pengesan CMOS bingkai penuh 20.1 megapiksel 35mm yang berkuasa dan pemproses imej DIGIC X baharu, EOS-1D X Mark III menyampaikan kualiti imej yang cemerlang dalam pelbagai situasi rakaman.  

    Dengan kebolehan untuk merakam imej resolusi tinggi pada kadar 20 bingkai sesaat (fps) dan video definisi tinggi sehingga 4K 60P dengan teknologi Auto Fokus (AF) CMOS Piksel Dual unik dari Canon, EOS-1D X Mark III adalah kamera berkuasa tinggi untuk mana-mana pencipta imej profesional.

    EOS-1D X Mark III menyerlah dengan pelbagai ciri baru.

    Antara ciri-ciri EOS-1D X Mark III adalah:
    ● Pengesan CMOS bingkai penuh 20.1 megapiksel 35mm baharu
    ● Kelajuan rakaman sehingga 16 fps rakaman pemidang tilik (viewfinder shooting) dan sehingga 20 fps (Pandangan Langsung) dengan jejakan AF/AE)
    ● Pemproses imej DIGIC X dengan media CFexpress (dual slot), yang membolehkan kadar letus kira-kira 1000 rakaman (RAW + JPEG)
    ● Pengesan AF baharu yang digabungkan dengan AI Servo AF IV[1] yang memberikan peningkatan tinggi dari segi kelajuan AF dan prestasi jejakan
    ● Rakaman filem 4K UHD dan 4K DCI pada 60p/50p, dan menyokong rakaman Canon Log 4:2:2 10-bit dalam-kamera
    ● Rakaman filem RAW 5.5K dalam-kamera dengan fail MP4 serentak
    ● Bluetooth, GPS dan Wi-Fi dalaman dengan FTP. Menyokong LAN tanpa wayar 5Ghz dan boleh disesuaikan dengan MIMO 2×2 apabila digunakan bersama WFT-E9

    Bersama EOS-1D X Mark III ini, Canon telah melancarkan sebuah sistem kamera Robotik yang memberi penyelesaian untuk menangkap imej pegun menggunakan kamera lensa boleh ubah melalui operasi kawalan jauh intuitif.


    Sistem Kamera Robotik

    Sistem ini terdiri daripada sebuah kepala kamera Robotik untuk operasi Pendar/ Condong/ Putar/ Zum, dan Pengawal Kamera IP (CR-G100) untuk mengawal sambungan berwayar dengan kamera dan komputer, serta operasi kawalan jauhnya. Dengan menggunakan pilihan Aplikasi Kawalan Jauh Kamera (CR-A100), jurugambar boleh menguruskan Paparan Langsung dan pembebasan kawalan jauh untuk beberapa sistem kamera robotik dan kamera.

    Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai spesifikasi Canon EOS-1D X Mark III ini boleh terus ke laman rasmi Canon Malaysia. Beritahu di laman Facebook kami dan nantikan berita teknologi terkini melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...