More

    Cara mohon ‘online’ Bantuan Prihatin Nasional (BPN), ketahui kelayakan dan tarikh bayaran

    Terdahulu, Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan beberapa inisiatif melalui Pakej Rangsangan Ekonomi untuk membantu rakyat yang terkesan dengan penularan COVID-19 ini. Selain daripada pemberian Internet berkelajuan tinggi percuma 1GB sehari, kerajaan turut mengumumkan inisiatif Bantuan Prihatin Nasional (BPN) untuk pelbagai kategori.

    Ramai yang mempunyai persoalan terhadap BPN ini. Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Kementerian Kewangan, LHDNM melalui nombor telefon yang tertera dalam siaran gambar di bawah atau e-mel mereka. Lebih mudah jika anda ingin menghubungi mereka di Telegram PRE PRIHATIN. Untuk segala maklumat seperti kelayakan menerima BPN, jumlah bayaran, tarikh bayaran dan kaedah bayaran, anda boleh rujuk siaran gambar yang disertakan di bawah atau laman web rasmi Pakej Rangsangan Ekonomi Malaysia.

    BAGAIMANA NAK MOHON BANTUAN PRIHATIN NASIONAL??
    Jawapan:
    Makcik Kiah,

    1. Kalau Makcik Kiah adalah penerima BSH sama ada yg sedang dalam rayuan atau kemaskini 2020, Makcik Kiah TAK PERLU MOHON. Makcik Kiah relax2 jer.. tunggu jer BPN masuk ke akaun yg didaftarkan dengan BSH.
    2. Makcik Kiah M40 yang setiap tahun isi e-filing??? Makcik Kiah pun boleh dok relax2 jer… tunggu jer BPN masuk ke akaun yang berdaftar dengan LHDN.
    3. Makcik Kiah bukan golongan seperti di atas??? Mai sini Kakcik nak habaq, Makcik Kiah semak dulu kelayakan bermula 1/4/2020, TAK LULUS? Haaaaa sila isi permohonan di platform www.hasil.gov.my.. baca elok2… bermula 1 APRIL 2020 bukan hari ini, bukan esok tapi 1 APRIL 2020.
    4. Sepanjang tempoh Kawalan Pergerakan, Makcik Kiah tidak dibenarkan ke mana-mana cawangan LHDN tau.. satgi abg polis dan abg tentera cekup naya ja..

    Ringkasnya, pembayaran bakal dibuat melalui dua fasa iaitu pada akhir bulan April dan bulan Mei 2020. Untuk kemudahan anda, kami akan mengemaskini cara memohon secara dalam talian dengan teliti pada 1 April ini. Sebagai peringatan, anda disarankan tidak memberi apa-apa butiran peribadi kepada penipu siber (scammer) yang mengambil kesempatan untuk menceroboh data peribadi anda. Untuk melaporkan maklumat palsu atau ingin memeriksa maklumat palsu, anda boleh ke pautan Sebenarnya.my atau organisasi rasmi kerajaan Malaysia.

    Kami berharap agar tiada rakyat Malaysia yang ketinggalan dalam memohon bantuan inisiatif ini. Teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia dan tinggalkan komen anda di laman Facebook kami.

    Sumber: Twitter LHDNM, Telegram PRE PRIHATIN

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured