CelcomDigi mengumumkan pelancaran Kedai Dalam Talian CelcomDigi serba baharu. Kedai dalam talian ini menawarkan faedah dan penjimatan pada peranti dan aksesori terkini.
Pelanggan kini boleh menaik taraf peranti mereka secars mudah dengan diskaun sehingga RM1,000 untuk peranti dan aksesori terkini. Pelanggan juga boleh menikmati pelan pembayaran yang mudah dan penghantaran percuma dari pintu ke pintu untuk pengalaman membeli-belah tanpa kerumitan.
Kedai Dalam Talian CelcomDigi menawarkan pelbagai jenis peranti mudah alih termasuk peranti Apple, Samsung dan HONOR tanpa memerlukan kontrak. Pelanggan boleh membeli Samsung Galaxy Z Fold3 5G pada harga RM5,699 dan telefon 5G lain pada harga serendah RM899.
Selain itu, pelanggan juga boleh memanfaatkan pilihan Pelan Pembayaran Mudah 0% yang tersedia membolehkan mereka membayar secara ansuran melalui pembiayaan kad kredit. Kedai Dalam Talian ini menawarkan rangkaian aksesori termasuk Apple Watch dan AirPods Pro.
Mulai hari ini, pelanggan Celcom dan Digi yang berminat untuk membeli peranti 5G baharu boleh melayari laman web rasmi CelcomDigi untuk menikmati faedah dan penjimatan eksklusif.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.






