More

    CEO Clubhouse nafi dakwaan data pengguna aplikasi itu telah dibocorkan

    Semalam, data untuk 1.3 juta pengguna aplikasi perkongsian audio Clubhouse dikhabarkan telah dibocor ke dalam sebuah forum penggodam. Kini, CEO Clubhouse Paul Davison mengeluarkan kenyataan berkenaan isu tersebut, di mana beliau menyifatkan laporan kebocoran data itu sebagai berita palsu.

    Dalam sebuah sesi ramah mesra (town hall) dalam aplikasi Clubhouse, beliau telah menjelaskan bahawa tiada data peribadi pengguna yang telah dibocorkan ke dalam internet. Data yang dirujuk dalam laporan tersebut hanyalah melibatkan data profil awam yang boleh dilihat oleh mana-mana pengguna Clubhouse.

    Data yang dihuraikan dalam laporan itu hanyalah maklumat awam seperti kata nama (username), senarai pengikut dan butiran media sosial luaran seperti Twitter atau Instagram. Laporan asal oleh Cyber News itu muncul hanya beberapa hari selepas Facebook dan LinkedIn mengalami kebocoran data yang melibatkan lebih 500 juta pengguna.

    Clubhouse berjaya mendapat sambutan tinggi walaupun ia belum lagi mencapai operasi selama satu tahun dan hanya ditawarkan kepada pengguna iOS melalui jemputan sahaja. Kongsi pendapat anda tentang isu Clubhouse ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Belanjawan 2027: Rakyat Digital tawar 100,000 langganan AI percuma tahun depan

    Inisiatif Rakyat Digital akan diteruskan pada 2027 dengan penyediaan 100,000 langganan perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) percuma. Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk...

    Belanjawan 2027: Kerajaan dan Grab sediakan RM160 juta untuk pekerja e-hailing dan p-hailing

    Kerajaan mengumumkan pakej bantuan khas bernilai RM160 juta yang dibiayai bersama Grab bagi meningkatkan pendapatan bersih dan kebajikan pekerja e-hailing dan p-hailing...

    Infinix SMART 20e rasmi di Malaysia dengan skrin 120Hz, kalis IP64 bermula RM499

    Infinix melancarkan peranti kelas permulaan baharu iaitu Infinix SMART 20e untuk pasaran Malaysia. Peranti memfokuskan kepada penggunaan harian dan hiburan pada julat...

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured