More

    China mula haramkan sesetengah “power bank” daripada dibawa masuk ke dalam kapal terbang

    Agensi penerbangan China baru-baru ini mengumumkan bahawa para penumpang kapal terbang dalam negarai itu tidak boleh membawa power bank ke dalam pesawat jika power bank itu tidak mempunyai pengiktirafan 3C atau China Compulsory Certificate iaitu agensi piawaian elektronik di China.

    Untuk mengetahui sama ada sesebuah power bank itu telah mendapat pengiktirafan 3C, ia perlu mempunyai logo “CCC”. Buat masa ini, China merupakan negara pertama yang memperkenalkan undang-undang seperti itu untuk industri penerbangan awam.

    Keputusan itu diambil bagi mengelakkan sebarang insiden melibatkan power bank yang dilihat semakin menjadi-jadi dalam seluruh dunia sejak kebelakangan ini. Pada Januari lalu, sebuah kebakaran dalam pesawat Air Busan di Korea Selatan dijangka telah disebabkan oleh sebuah power bank yang terbakar.

    Pada bulan Mac pula, sebuah pesawat Hong Kong Airlines dari China ke Hong Kong terpaksa mendarat di China selepas terdapat kebakaran yang muncul pada ruang simpanan beg di atas tempat duduk, dipercayai disebabkan oleh power bank.

    Menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat, sepanjang 2024 terdapat tiga insiden penerbangan setiap dua minggu yang melibatkan power bank menjadi terlalu panas.

    Di Malaysia pula, syarikat penerbangan seperti AirAsia telah menetapkan garis panduan spesifik untuk power bank. Penumpang masih boleh membawanya ke dalam kapal terbang, namun ia tidak boleh dimasukkan dalam bagasi yang didaftar masuk, sebaliknya ia perlu dibawa bersama penumpang dalam beg carry-on.

    Untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan power bank dalam kapal terbang, anda boleh baca artikel ini.

    Kongsi pendapat anda di Facebook tentang berita ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "

    Sumber: Agensi penerbangan China (CAAC)

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured