More

    Cip A14 Bionic untuk iPhone 12 muncul di Geekbench, mungkin lebih laju dari Snapdragon 875

    Baru-baru ini, Apple telah mengumumkan cip pemproses terbarunya A14 bersama pelancaran Apple Watch Series 6, Apple Watch SE dan iPad terbaru. Cip Apple A14 Bionic pada iPad Air kini muncul di pangkalan data Geekbench, memaparkan prestasi perantinya.

    Menurut gambar di bawah, cip A14 mampu menjulang markah 1583 untuk Single-Core dan 4198 dalam ujian Multi-Core. Frekuensi asas cip ini adalah 2.99GHz. Berdasarkan sumber terdahulu yang memaparkan markah Geekbench Snapdragon 875 dan Exynos 1000, A14 adalah lebih berprestasi dari kedua-duanya.

    Sumber terdahulu mendedahkan bahawa Exynos 1000 mendapat markah 1302 dalam ujian Single Core dan 4250 dalam Multi Core, lebih tinggi daripada Snapdragon 875 yang memperoleh markah 1159 dan 4090 dalam ujian masing-masing.

    Markah ujian penanda aras ini adalah melalui iPad Air, namun siri iPhone 12 yang bakal hadir akan menggunakan cip yang sama! Perlu juga kami ingatkan bahawa berita ini bukan dari sumber rasmi Apple.

    Apakah pandangan anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Baca berita lepas mengenai iPhone 12 disini termasuklah ramalan harga dan spesifikasinya.

    Sumber: 1 | 2

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured