More

    Cipset MediaTek Dimensity 7050 dilancar, bakal diperkenalkan dalam siri realme 11

    Syarikat semikonduktor Taiwan, MediaTek, telah melancarkan cipsetnya yang terbaru untuk telefon pintar kelas pertengahan iaitu MediaTek Dimensity 7050. Cipset ini sebenarnya merupakan cipset yang dijenamakan semula daripada Dimensity 1080 dengan komponen yang serupa.

    Dimensity 7050 dibina dengan nod proses 6nm oleh Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC) dan unit CPU mempunyai lapan teras, terdiri daripada dua prestasi berprestasi tinggi Cortex-A78 2.6GHz dan enam teras kecekapan Cortex-A55 2.0GHz. Ia turut mempunyai GPU Mali-G68 dengan sokongan RAM LPDDR5 dan storan UFS 3.1.

    Cipset ini menyokong skrin dengan resolusi sehingga 2520×1080 dan kadar segar semula sehingga 120Hz. Ia turut menyokong sensor kamera sehingga 200MP dan rakaman video dengan resolusi sehingga 4K 30fps.

    Untuk komunikasi, ia mampu menyokong rangkaian 5G, Wi-Fi 6 dan Bluetooth 5.2. Cipset ini juga mempunyai beberapa fungsi yang akan meningkatkan prestasi gaming seperti Wi-Fi Fast Path, “Game on SIM 1, Call on SIM2”, 5G HSR dan Super Hotspot Power Saving.

    Telefon pertama yang bakal dilengkapi cipset ini adalah siri realme 11, seperti yang dilaporkan dalam penanda aras Geekbench sebelum ini.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: MediaTek

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured