More

    Cipset telefon pertengahan Qualcomm seterusnya mungkin bernama Snapdragon 7 Gen 1

    Cipset telefon pintar tercanggih oleh Qualcomm pada waktu ini adalah Snapdragon 8 Gen 1, di mana namanya jauh berlainan dengan siri “Snapdragon 800” yang telah digunakan dalam tahun-tahun sebelumnya. Kini, cipset telefon pintar kelas pertengahan oleh Qualcomm juga mungkin akan mempunyai nama yang serupa.

    Qualcomm mungkin akan menggunakan nama “Snapdragon 7 Gen 1” bagi menggantikan siri “Snapdragon 700” untuk cipset telefon kelas pertengahan yang seterusnya.

    Menurut pengkhabar berita teknologi Digital Chat Station, cipset itu akan mempunyai empat teras CPU Cortex-A710 2.36GHz, empat teras CPU Cortex-A510 1.80GHz dan GPU Adreno 662. Ia bakal dibina dengan nod proses 4nm, namun masih tidak pasti sama ada ia akan dikilangkan oleh Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC) atau Samsung.

    Kongsi pendapat anda tentang nama ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...