More

    CMF Nothing Buds dan Neckband Pro dilancar di Malaysia, fon telinga wayarles bermula RM189

    Selepas melancarkannya untuk pasaran antarabangsa pada bulan Mac lalu, kini dua model fon telinga wayarles CMF by Nothing Buds dan CMF by Nothing Neckband Pro telah dilancar untuk pasaran Malaysia. Jika anda tidak tahu, CMF adalah sebuah jenama bawah naungan Nothing yang menawarkan pelbagai aksesori digital pada harga mampu milik.

    Berikut adalah maklumat lanjut mengenai kedua-dua produk

    CMF Buds

    Fon telinga wayarles ini menawarkan pembatalan hingar aktif (active noise cancellation) dengan kedalaman sehingga 42 dB dan bandwidth sehingga 2,900Hz bagi membenarkan anda mendengar muzik atau audio dengan lebih jelas. Ia juga menawarkan Transparency Mode bagi membenarkan pengguna untuk mendengar persekitaran mereka dengan lebih jelas dalam situasi tertentu.

    Ia dilengkapi pemacu Bio-fibre Driver 12.4mm, Ultra Bass Technology 2.0 dan Dirac Opteo untuk menghasilkan kualiti audio yang tinggi. Pengguna boleh pilih antara lima tetapan equaliser yang popular untuk pengalaman audio yang lebih unik dalam genre muzik berbeza.

    Sewaktu membuat panggilan telefon, ia mempunyai empat mikrofon dengan Clear Voice Technology dan algoritma pengurangan bunyi angin untuk kualiti audio yang lebih jelas.

    Baterinya boleh bertahan sehingga lapan jam jika bergantung pada fon telinga sahaja atau sehingga 35.5 jam jika digunakan bersama bekas pengecas. Pengecasan selama 10 minit sahaja sudah cukup untuk penggunaan selama 6.5 jam.

    CMF Buds akan dijual bermula 4 April 2024 dan boleh dibeli dari pengedar sah Nothing, Lazada atau Shopee pada harga RM199.

    CMF Neckband Pro

    Fon telinga ini mempunyai tali pengikat di antara kedua-dua belah dan turut menampilkan Environment Adaptive ANC yang boleh melaraskan tahap pembatalan hingar secara automatik, bergantung kepada situasi persekitaran. Ia mempunyai tiga tahap pembatalan hingar dan boleh membatalkan bunyi sehingga 50 dB.

    "
    "

    Ia mempunyai rating kalis air IP55 supaya ia boleh digunakan di luar bangunan dan sewaktu anda bersenam. Ia turut mempunyai butang 3-in-1 Smart Dial yang memudahkan pelarasan volume, main/jeda, pilih lagu seterusnya atau pilih tahap pembatalan hingar.

    Fon telinga ini mempunyai pemacu diaphragm 13.6mm dengan back chamber 0.27cc dan Ultra Bass Technology 2.0 untuk menghasilkan bass yang lebih jelas. Ia juga boleh dihubungkan dengan aplikasi Nothing X untuk kawalan yang lebih teliti.

    Baterinya berkapasiti 220mAh yang boleh bertahan sehingga 37 jam. Pengecasan selama 10 minit sahaja sudah cukup untuk digunakan selama 18 jam jika ANC dimatikan.

    CMF Neckband Pro akan dijual bermula 4 April 2024 dan boleh dibeli dari pengedar sah Nothing, Lazada atau Shopee pada harga RM189.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan mana-mana produk di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured