More

    Dapatkan ASUS ZenScreen secara percuma apabila anda beli ASUS Zenbook S 13 OLED

    ASUS Malaysia telah melancarkan komputer riba ultra-ringan ASUS Zenbook S 13 OLED pada bulan lalu, di mana ia merupakan komputer riba dengan skrin OLED ternipis di dunia dan dijual pada harga bermula RM4,999.

    Kini ASUS Malaysia sedang menganjurkan promosi khas untuk komputer ini. 20 pelanggan awal yang membuat pra-tempahan untuk Zenbook S 13 OLED akan menerima skrin mudah-alih ASUS ZenScreen MB16ACE (bernilai RM1,099) secara percuma.

    Skrin yang ringan ini mempunyai ukuran 15.6 inci dengan resolusi Full HD (1920×1080) dan panel IPS anti-silau. Dengan kenipisan 8mm dan berat 0.71kg sahaja, ia membuatkan skrin ini sangat mudah dibawa ke mana-mana dan mudah dimasukkan ke dalam beg.

    Ia boleh dihubungkan kepada sebuah komputer riba melalui port USB-C atau USB-A. Ia juga boleh digunakan dalam mod potret atau lanskap, dengan bantuan DisplayWidget Software.

    Berbalik kepada Zenbook S 13 OLED, pra-tempahan untuk komputer ini boleh dibuat di laman web ASUS Malaysia atau para pengedar sah. Perlu diingati bahawa pra-tempahan ini hanya layak untuk varian Intel Core i7 berharga RM5,999 dan untuk 20 pelanggan pertama sahaja. Anda boleh baca artikel pelancaran untuk maklumat lanjut mengenai komputer riba ini.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured