More

    Dapatkan diskaun sehingga 65% apabila anda tukar telefon lama kepada Samsung Galaxy S24 FE

    Samsung Malaysia kini sedang menganjurkan promosi khas untuk telefon pintar andalan (flagship) baharu Samsung Galaxy S24 FE, terutamanya buat mereka yang menggunakan telefon kelas pertengahan Samsung Galaxy A Series.

    Jika anda merupakan pengguna Samsung Galaxy A50 Series (Galaxy A50, A50s, A51, A52, A52s, A53, A54, A55) atau Galaxy A70 Series (Galaxy A70, A71, A72, A73) anda boleh dapatkan diskaun jika anda menukar (trade-in) kepada Samsung Galaxy S24 FE. Bergantung kepada model Galaxy A yang anda bawa, anda boleh beli Galaxy S24 FE dengan harga serendah RM1,129.

    Untuk mereka yang tidak menggunakan telefon Galaxy A, usah risau kerana anda masih boleh dapatkan promosi trade-in ini dengan peranti anda dan dapatkan rebat sehingga RM300.

    Perlu diingati bahawa promosi ini hanya berlangsung sehingga 31 Oktober 2024. Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini.

    Ini pastinya adalah promosi yang menarik jika anda ingin menggunakan fungsi-fungsi Galaxy AI yang baru sahaja dilancar pada tahun ini pada Galaxy S24 FE, tanpa perlu berbelanja besar untuk membeli peranti baharu. Ini termasuklah Circle to Search with Google, Photo Assist, Sketch-to-Image, Live Translate, Note Assist dan banyak lagi.

    Galaxy S24 FE dilengkapi cipset Samsung Exynos 2400e untuk prestasi yang pantas dalam setiap aplikasi anda. Selain itu, ia akan menerima kemas kini Android selama tujuh tahun bagi membenarkan anda menggunakannya dalam tempoh yang sangat lama.

    Baca artikel pelancaran Galaxy S24 FE untuk maklumat lanjut mengenai telefon ini.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured