More

    Dapatkan diskaun sehingga RM1,000 untuk siri Samsung Galaxy S23 jika anda tukar dengan Galaxy Note lama

    Jika anda masih lagi menggunakan siri telefon pintar Samsung Galaxy Note, sekarang mungkin masa yang terbaik untuk anda menggantikan telefon itu kepada peranti yang lebih terkini iaitu Samsung Galaxy S23 Ultra.

    Seperti Galaxy Note yang terkenal dengan stilus yang disertakan bersamanya, Galaxy S23 Ultra turut dilengkapi stilus dalaman yang akan memudahkan para pengguna yang datang daripada Galaxy Note. Selain itu, rekaan Galaxy S23 Ultra itu sendiri tidak mempunyai banyak bezanya dengan Galaxy Note, terutamanya dengan bucu yang tajam dan saiz skrin yang besar.

    Dengan Galaxy S23 Ultra, anda boleh dapatkan kemas kini Android utama selama empat tahun dan kemas kini keselamatan selama lima tahun, jadi anda boleh kekal dilindungi dengan keselamatan siber terkini oleh Android serta mendapatkan ciri-ciri Android yang terkini.

    Jika anda memiliki siri Galaxy Note20 iaitu Galaxy Note yang terakhir, kemas kini keselamatan untuk telefon itu cuma tinggal satu atau dua tahun sahaja lagi, jadi ada eloknya jika anda tukar telefon sekarang.

    Galaxy S23 Ultra turut dilengkapi teknologi Samsung Knox untuk mengelakkan jangkitan malware dan spyware serta kebocoran data, serta Samsung Privacy Protection untuk mengawal aplikasi yang boleh mengakses data anda, hantar fail secara peribadi, mengelakkan tangkapan skrin dan banyak lagi fungsi berasaskan privasi.

    Promosi ini layak untuk semua varian dalam siri Galaxy S23 iaitu Galaxy S23, Galaxy S23+ dan Galaxy S23 Ultra, dan anda boleh dapatkan rebat sehingga RM1,000 apabila anda menukar ganti Galaxy Note dengan mana-mana varian dalam siri telefon ini.

    Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Sony tamatkan cakera fizikal PS5, harga “game” digital akan lebih murah?

    Sony mengesahkan akan menghentikan pengeluaran cakera fizikal bagi permainan baharu PlayStation bermula Januari 2028. Keputusan ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengguna bahawa...

    Google kini benarkan pengguna Gemini buang “watermark” pada kandungan AI

    Google mengemaskini platform Gemini dengan memperkenalkan tetapan baharu yang dinamakan Media Watermark. Tetapan ini memberikan pilihan kepada pengguna untuk mengekalkan atau mengalih...

    Apple pilih AS untuk jualan pertama iPhone Ultra, negara lain kena tunggu

    Apple dilaporkan bakal memperlihatkan peranti boleh lipat pertamanya iaitu iPhone Ultra pada acara pelancaran 8 September ini. Walau bagaimanapun, peranti tersebut didakwa...

    Lepas 10 tahun guna logo sama, Instagram akhirnya buat perubahan besar

    Instagram secara rasmi memperkenalkan reka bentuk logo teks (wordmark) baharu yang memaparkan nama platform tersebut pada bahagian atas aplikasi. Penukaran ini merupakan...

    nubia A77 5G tiba di Malaysia dengan Unisoc T8300 Ultimate dan skrin 120Hz berharga...

    nubia secara rasmi melancarkan peranti kelas pertengahan baharu iaitu nubia A77 5G untuk pasaran tempatan. Telefon pintar ini dibangunkan sebagai pilihan peranti...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured